TEASER filem live-adaptation The Little Mermaid telah mendapat lebih 1.5 juta dislike (tidak suka) selepas dua hari dimuat naik di YouTube .

Jumlah dislike yang terlalu banyak pada teaser berkenaan telah menyebabkan YouTube menutup jumlah sebenar angka dislike tersebut.

The Little Mermaid merupakan adaptasi filem Disney yang dibintangi oleh pelakon Halle Bailey, 22, sebagai Ariel, si ikan duyung.

Dan di sebalik ribuan peminat yang menunggu kemunculan teaser pertama filem itu, hasilnya menerima reaksi yang berbeza.

Walaupun YouTube telah menutup angka dislike, peminat menggunakan sambungan dan aplikasi yang boleh mendedahkan jumlah tersebut.

Ramai pengkritik mengecam Disney kerana visual yang dipaparkan tidak menampakkan puteri itu berada dalam air, manakala sebilangan yang lain mengkritik pengarah, Rob Marshall kerana memilih Bailey sebagai Ariel.

Sejak Disney mengumumkan Bailey akan memainkan watak berkenaan, ramai yang menunjukkan rasa tidak puas hati.

Kebanyakan reaksi dalam talian membabitkan isu perkauman, kerana Bailey adalah seorang gadis berkulit hitam manakala watak Ariel dalam karya asal adalah berkulit putih.

Selain Bailey, pelakon lain yang terlibat ialah Jonah Hauer-King sebagai Principe Eric, dan Melissa McCarthy sebagai Ursula.

Filem itu akan menemui penonton pada Mei 2023.