awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Denmark jadi negara pertama di Eropah tamatkan penghantaran surat
Perompak tebuk dinding bank di Jerman, larikan wang dan barang kemas bernilai RM176 juta
Kerajaan Perlis isytihar esok cuti peristiwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Kelantan boleh mohon lesen mendulang mulai 1 Jan 2026

Bernama
Bernama
31/12/2025
06:53 MYT
Rakyat Kelantan boleh mohon lesen mendulang mulai 1 Jan 2026
Mohamed Fadzli (foto) berkata permohonan yang dihantar akan diproses dan diluluskan dalam tempoh tertentu mengikut syarat ditetapkan. -Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Rakyat Kelantan yang berminat menjadi pendulang boleh membuat permohonan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Pejabat Tanah Jajahan mulai esok, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.

Ringkasan AI
  • Rakyat Kelantan boleh membuat permohonan menjadi pendulang emas di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mulai esok tanpa had permohonan, dengan proses pemprosesan dalam tempoh tertentu mengikut syarat yang ditetapkan.
  • Pembeli emas perlu kelulusan kerajaan negeri untuk urusan pembelian mineral berharga, serta PTG akan mengeluarkan pewartaan kawasan mendulang emas dalam masa terdekat di empat jajahan seperti Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, dan Kuala Krai.
  • Syarat untuk memohon sebagai pendulang termasuk menjadi rakyat Kelantan sahaja, menggunakan kaedah mendulang secara manual, serta hanya boleh menjalankan kerja di kawasan yang diwartakan dan pada waktu pejabat.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata permohonan yang dihantar akan diproses dan diluluskan dalam tempoh tertentu mengikut syarat ditetapkan.
"Setakat ini kita tidak meletakkan sebarang had permohonan... semua yang berminat boleh mengisi borang tersebut yang disediakan secara manual di PTG atau pejabat tanah jajahan.
"Daripada maklum balas yang diterima menerusi media sosial, kita jangkakan permohonan untuk mendulang akan mendapat sambutan yang menggalakkan, dan PTG telah memberi komitmen bahawa pihaknya bersedia untuk menguruskan proses permohonan itu," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli berkata bagi pembeli emas pula, mereka perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri bagi urusan pembelian mineral berharga itu.
"PTG juga akan mengeluarkan pewartaan kawasan mendulang emas dalam masa terdekat membabitkan empat jajahan yang telah dikenal pasti mengandungi sumber mineral itu.
"Empat jajahan itu adalah Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai... kita juga akan kenal pasti kawasan lain yang ada sumber ini dan akan membuat penilaian dari semasa ke semasa untuk diwartakan," katanya.
Beliau berkata antara syarat utama yang melayakkan seseorang itu memohon sebagai pendulang ialah rakyat Kelantan sahaja dan menggunakan kaedah mendulang secara manual.
"Kerja mendulang juga hanya dibenarkan di kawasan yang telah diwartakan dan dilakukan pada waktu pejabat," katanya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang berminat menjadi pendulang yang boleh membuat permohonan? A: Rakyat Kelantan yang berminat menjadi pendulang boleh membuat permohonan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Pejabat Tanah Jajahan.
  • Q: Apakah syarat utama yang perlu dipenuhi oleh seseorang untuk memohon sebagai pendulang? A: Antara syarat utama yang melayakkan seseorang itu memohon sebagai pendulang ialah menjadi rakyat Kelantan sahaja dan menggunakan kaedah mendulang secara manual.
  • Q: Bagaimanakah proses permohonan pendulang akan dilakukan oleh PTG? A: Permohonan yang dihantar akan diproses dan diluluskan dalam tempoh tertentu mengikut syarat yang ditetapkan.
  • Q: Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pembeli emas? A: Pembeli emas perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri bagi urusan pembelian mineral berharga itu.
  • Q: Berapakah jumlah jajahan yang akan diwartakan sebagai kawasan mendulang emas? A: PTG akan mengeluarkan pewartaan kawasan mendulang emas dalam masa terdekat membabitkan empat jajahan, iaitu Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, dan Kuala Krai.

Topic Berkaitan
#rakyat kelantan
#pendulang emas
#Pejabat Tanah dan Galian PTG
#Mohamed Fadzli Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan