awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teater Macbeth ditangguh gara-gara Daniel Craig positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
03/04/2022
02:00 MYT
Teater Macbeth ditangguh gara-gara Daniel Craig positif COVID-19
Macbeth adalah peranan pertama Craig sejak menamatkan zamannya sebagai Bond, yang telah dilakonkannya dalam lima filem selama 14 tahun. - Foto AP
PERSEMBAHAN teater Broadway, Macbeth terpaksa dibatalkan pada Sabtu selepas pelakon utamanya, Daniel Craig disahkan positif COVID-19.
Berita itu dimaklumkan pengajur di akaun Twitter rasmi mereka kurang dua jam sebelum persembahan pada Sabtu bermula.
"Persembahan pada malam ini dibatalkan selepas Daniel Craig didapati positif COVID-19 petang tadi.
"Kami memohon maaf atas kesulitan ini namun keselamatan penonton, pelakon dan kru kami menjadi keutamaan.
"Kami akan membayar semula kos semua tiket yang dibeli bagi semua persembahan yang dibatalkan," kata kenyataan itu.
PERFORMANCE UPDATE FOR SATURDAY, APRIL 2 Todays matinee and evening performance of MACBETH are cancelled due to Daniel Craig just testing positive for COVID this afternoon. pic.twitter.com/hluAIqGAQW
— Macbeth on Broadway (@macbethbway) April 2, 2022
Persembahan Broadway Macbeth di Theater Longacre, diarahkan oleh Sam Gold, yang juga mengarahkan Craig dalam Othello off-Broadway, dengan penampilan muzik asal oleh Gaelynn Lea.
Persembahan drama ini sangat terhad iaitu hanya 15 minggu, bermula dengan persembahan pratonton pada 29 Mac dan pembukaan rasmi kepada orang ramai pada 28 April, berlangsung hingga 10 Julai.
Macbeth adalah peranan pertama Craig sejak menamatkan zamannya sebagai Bond, yang telah dilakonkannya dalam lima filem selama 14 tahun.
Dalam dokumentari di Apple TV+, Craig memberikan ucapan memperingati penghujung zamannya dalam francais itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Macbeth
#Daniel Craig
#positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan