awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung

Sinar Harian
Sinar Harian
04/10/2024
04:07 MYT
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Nabila meluahkan rasa syukur dan teruja atas anugerah yang diterima bersama suaminya, Nik Iruwan Nik Izani. - Foto Sinar Harian
TEKA-teki peminat mengenai kehamilan Nabila Razali akhirnya terjawab selepas penyanyi dan pelakon terkenal itu berkongsi khabar gembira apabila sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Nabila, 32, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali meluahkan rasa syukur dan teruja atas anugerah yang diterima bersama suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, 39 tahun.
“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua.
Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” katanya.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Tangis itu berkata, kerjaya seni masih diteruskan dengan pelbagai perancangan menarik yang sudah dirangka.
“Tidak dinafikan sekarang ini cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebab sebelum ini bila bekerja, memang susah nak berhenti. Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja.
"Namun, saya masih komited dalam bidang seni terutama beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Apa pun, saya cuba untuk buat dengan sehabis baik,” katanya.
Nabila berkata, dengan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, dan peminat setia, dia yakin fasa ini akan menjadi satu lagi bab indah dalam kehidupannya.
“Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna.
“Saya percaya bahawa fasa baharu ini juga menjadi sebuah cerita indah buat saya dan suami.
Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti,” katanya. Terdahulu, Nabila dan suami selamat melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nabila Razali
#penyanyi dan pelakon
#hamil
#anak sulung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan