awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tenteram miker di sana Rab" - Rab Khalid meninggal dunia

Gempak
Gempak
25/01/2018
20:52 MYT
"Tenteram miker di sana Rab" - Rab Khalid meninggal dunia
Antara watak Allahyarham Rab Khalid yang cukup dekat dengan peminatnya adalah Yeh Sekupang yang pernah dibawanya dalam filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan. - Foto Astro GEMPAK
PELAKON Rab Khalid, 48, yang sinonim dengan filem-filem arahan Mamat Khalid meninggal dunia pada 4.15 petang Khamis di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Ampang akibat serangan jantung.
Rab Khalid, atau nama sebenarnya Khalid Shamsuri, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, difahamkan kerana sakit jantung.
Berita tersebut telah dikongsi adik Rab melalui FB abangnya itu.
“Assalamualaikum. Pada sesiapa yang mengenali Rab Khalid, beliau telah kembali ke rahmatullah jam 4.15 petang.
“Mohon doakan bersama semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan beliau ditempatkan dengan orang-orang soleh dan beriman,” tulis adik Rab Khalid.
Difahamkan Rab dikatakan mengadu sakit dada sebelum dimasukkan ke hospital semalam.
Bagaimanapun, keadaan Rab semakin tenat sejak awal pagi semalam.
Difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Parit Buntar, Perak untuk urusan pengkebumian.
Antara watak Allahyarham yang cukup dekat dengan peminatnya adalah Yeh Sekupang yang pernah dibawanya dalam filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan.
Sementara itu, Mamat Khalid turut memuat naik status di FBnya sebaik sahaja mendapat berita tentang pemergian sahabatnya itu.
“Tenteram miker di sana Rab,” tulisnya.
Topic Berkaitan
#Hospital Ampang
#jantung
#Khalid Shamsuri
#Mamat Khalid
#meninggal dunia
#Rab Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan