awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Terbaik Dari Langit' menang Filem Terbaik AIFFA 2015

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
11/04/2015
16:12 MYT
'Terbaik Dari Langit' menang Filem Terbaik AIFFA 2015
Filem Terbaik Dari Langit turut bersaing sengit dengan Bendor (Filipina) arahan sutradara Ralston G Jover yang turut tercalon dalam tujuh kategori.
Tuah menyebelahi filem ‘Terbaik Dari Langit’ apabila berjaya merangkul anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015) yang berlangsung di Kuching Sarawak malam tadi.
Filem arahan Nik Amir Nik Mustapha itu turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan teraju utamanya, Bront Palarae.
Terbaik Dari Langit adalah antara filem yang mendominasi pencalonan AIFFA 2015 kali ini apabila tersenarai dalam tujuh daripada sembilan kategori yang dipertandingkan.
Filem ini turut bersaing sengit dengan Bendor (Filipina) arahan sutradara Ralston G Jover yang turut tercalon dalam tujuh kategori.
Filem-filem hebat ASEAN lain yang turut mendapat pencalonan adalah Soekarno (Indonesia), Sokola Rimba (Indonesia), Homostratus (Vietnam) dan banyak lagi.
AIFFA 2015 yang bertujuan memberi pengiktirafan buat pembikin filem di rantau Asia bersiaran secara langsung dari di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada malam Sabtu.
Senarai penuh pemenang AIFFA 2015:
Filem Terbaik Terbaik Dari Langit – Malaysia Homostratus – Vietnam Bendor – Philippines Cahaya Dari Timur – Indonesia Nuwebe (Termitaria) – Philippines
Pengarah Terbaik Nik Amir Nik Mustapha – Terbaik Dari Langit – Malaysia Siu Pham – Homostratus – Vietnam Ralston G Jover – Bendor – Philippines Carlo Obispo – Purok 7 – Philippines Joseph Laban – Nuwebe (Termitaria) – Philippines
Lakon Layar Terbaik Redza Minhat – Terbaik Dari Langit – Malaysia Ralston G Jover – Bendor – Philippines Wanggo Gallanga – Sonata – Philippines Nik Amir Nik Mustapha – KIL – Malaysia Ben Sihombing – Soekarno – Indonesia
Pelakon Lelaki Terbaik Ario Bayu – Soekarno – Indonesia Allen Dizon – The Coffin Maker – Philippines Chicco Jerikho – Cahaya Dari Timur – Indonesia Reza Minhat – Kil – Malaysia Bront Palarae – Terbaik Dari Langit – Malaysia
Pelakon Wanita Terbaik Cherie Gil – Sonata – Philippines Vivan Valez – Bendor – Philippines Prisia Nasution –Sokola Rimba – Indonesia Barbara Miguel – Nuwebe (Termitaria) – Philippines Krystle Valentino – Purok 7 – Philippines
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Nyungsang Bungo – Sokola Rimba – Indonesia Sok Sothun – The Last Reel – Cambodia Nico Antonio – Red – Philippines Lukman Sardi – Soekarno – Indonesia Lee Sai Peng – The Journey – Malaysia
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Jajang C Noer – Cahaya Dari Timur Dy Saveth – The Last Reel – Cambodia Nadiya Nisa – Terbaik Dari Langit – Malaysia Nadiah Wahid – Yasmine – Brunei Anna Luna –Bendor -Philippines
Sinematografi Terbaik Gunnar Nimpuno – Sokola Rimba – Indonesia Dang Xuan Truong – Inseminator – Vietnam Jordan Chiam – Terbaik Dari Langit – Malaysia Bernard Dacanay – Red – Philippines Benjamin Tolentino – Bendor – Philippines
Suntingan Terbaik Katie Flaxman – The Last Reel – Cambodia Thop Nazareno – Purok 7 – Philippines Rewan Ishak – Terbaik Dari Langit – Malaysia Julie Beziau – Homostratus – Vietnam Benjamin Tolentino – Bendor – Philippines
Anugerah Khas Juri – The Lion Men (Singapura) Anugerah Khas Juri – Pee Mak (Thailand) Anugerah ASEAN Spirit - Purok 7 (Filipina) Anugerah inspirasi ASEAN – Datuk Jackie Chan
Topic Berkaitan
#AIFFA 2015
#Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015
#Terbaik Dari Langit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan