awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu sedia bincang dengan penerbit filem Pulau

Bernama
Bernama
18/02/2023
10:20 MYT
Terengganu sedia bincang dengan penerbit filem Pulau
Ahmad Samsuri berkata, setakat ini kerajaan negeri masih berpendirian untuk mengekalkan pengharaman filem tersebut berdasarkan treler yang bertentangan dengan agama dan norma budaya masyarakat timur. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu sedia bertemu dengan penerbit filem Pulau, Fred Chong bagi membincangkan mengenai isu pengharaman naskah kontroversi tersebut di pawagam di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya akan memberikan ruang kepada pihak berkaitan mengemukakan hujah atau justifikasi berkenaan filem itu bagi membolehkan pertimbangan atau kajian berkaitan pengharamannya dibuat semula.
Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini kerajaan negeri masih berpendirian untuk mengekalkan pengharaman filem tersebut berdasarkan treler yang bertentangan dengan agama dan norma budaya masyarakat timur.
"Hujah beliau bahawa treler itu tak sepenuhnya sebagaimana dalam filem adalah di luar pengetahuan kita.
"Jadi kita tunggu apa bentuk rayuan atau justifikasi yang beliau akan berikan. Kita akan beri ruang untuk menilai hujah-hujah yang dikemukakan," katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Terengganu 2023 di Dataran Batu Buruk di sini hari ini.
Hiburan | Trailer filem Pulau tidak sesuai ditayangkan - Fahmi
Menurut Ahmad Samsuri beliau juga menolak pendapat sesetengah pihak bahawa Terengganu mengamalkan padangan sempit dengan mengharamkan filem berkenaan.
Katanya sudah menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan untuk menjaga moral rakyat dalam usaha mendapatkan keberkatan dan memelihara keharmonian negeri.
"Kita nak kekalkan Terengganu supaya berada dalam keadaan yang maju, berkat dan sejahtera. Berkat inilah yang hendak kita jaga supaya rakyat terpelihara dari aspek moral dan akhlak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#filem Pulau
#terengganu
#Menteri Besar
#pengharaman filem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan