awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terkenal dengan watak 'Atuk' dalam K-Drama, Byun Hee Bong meninggal dunia

Gempak
Gempak
21/09/2023
09:02 MYT
Terkenal dengan watak 'Atuk' dalam K-Drama, Byun Hee Bong meninggal dunia
Mendiang sebelum ini sangat terkenal dalam kalangan peminat drama Korea di seluruh dunia sebagai datuk kesayangan K-Drama. - Gempak
PELAKON veteran Korea, Byun Hee Bong dilaporkan meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Menurut laporan media Korea, Hee Bong meninggal dunia pada 18 September lalu akibat kanser pankreas.
Menurut keluarga mendiang, penyakit kanser pankreasnya sebelum ini diisytiharkan sembuh selepas menjalani rawatan namun sakitnya kembali berulang.
Sebelum ini, Hee Bong pernah berkongsi mengenai penyakitnya menerusi program variasi terbitan tvN berjudul What About My Age.
Hee Bong menyatakan apabila mendapat tawaran berlakon dalam drama Korea terkenal berjudul Mr Sunshine, dia memutuskan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Selepas pemeriksaan itu, dia menerima laporan diagnosis menghidap kanser pankreas dan menjalani rawatan selama setahun.
Mendiang sebelum ini sangat terkenal dalam kalangan peminat drama Korea di seluruh dunia sebagai datuk kesayangan K-Drama.
Gelaran itu diberikan kerana Hee Bong sering membawakan watak datuk yang kebanyakannya dalam siri drama popular antara My Girl (2005 -2006), My Girlfriend is Gumiho (2010) dan juga filem Okja (2013).
Dilahirkan pada tahun 1942, Hee Bong bekerja sebagai pelakon teater terlebih dahulu sebelum memulakan kerjaya seninya pada tahun 1966 dan debut sebagai pelakon suara di stesyen televisyen Munhwa Broadcasting Corporation (MBC).
Sumber: SOOMPI / KOREABOO
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#pelakon veteran Korea
#Byun Hee Bong
#meninggal dunia
#watak atuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan