PELAKON Farah Nabila tidak menafikan suami dan keluarga mertuanya turut terdedah dengan risiko kecaman sekiranya berlaku kontroversi atau gosip yang mengaitkan dirinya.

Farah walaubagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak terlalu cepat melatah, dia sebaliknya mahu lebih positif berdepan isu berkenaan.

Jelas Farah, suami dan keluarganya telah bersedia dari segi mental dan fizikal, malah persediaan itu sudah wujud sebelum kedua-dua mereka bergelar suami isteri lagi.

"Memang tak dinafikan kalau ada kontroversi, suami dan keluarga akan terkesan. Namun, sebelum ada ikatan sah lagi pihak belah sana sudah sedia maklum dan sedar dengan isu seperti ini.

"Alhamdulillah mereka ok, doakan kami baik-baik saja," katanya.

Sementara itu suaminya, Mohammed Amirul Yunus, 28, turut bersyukur kerana tiada masalah atau isu besar timbul sepanjang majlis pernikahan dan persandingan yang berlangsung sejak seminggu lalu.

"Setakat ini masih ok tiada masalah lagi, sepanjang majlis semuanya berjalan lancar," katanya.

Pasangan itu ditemui ketika majlis resepsi belah lelaki di Grand Dorsett, Subang, hari ini.

Live Update Bollywood Night of Amirul Yunus & Farah Nabilah . Wedding decorator: @rekateemor #rekateemor Venue: @dorsettgrandsubang Photographer: @autumnstoryofficial #autumnstory Videographer: @lhmediatv #lhmediatv Guest Management: @weddie.my Bride & Groom Attire: @rizmanruzaini Bride’s Makeup: @alhaalfa Bride’s Hairstylist: @ckayliow #notjustahairstylist Bride’s Henna: @sheemahenna . #fawaaxamirul

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on


Bertemakan Bollywood, kedua-dua mempelai itu kelihatan anggun dengan busana oleh Rizman Ruzaini manakala material kainnya dibeli oleh ibu Amirul sendiri dari Pakistan.

Terdahulu, Farah selamat bergelar isteri kepada Amirul pada 20 Disember lalu.

BACA: Terima wang hantaran RM77,777.77, Farah Nabilah bergelar isteri juruterbang

Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Farah dan Amirul yang berlangsung di Royale Chulan Damansara itu dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Pengantin perempuan telah menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran.