awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Teruja tapi belum bersedia' - Shawn Mendes batal konsert jelajah, fokus kesihatan mental

Agensi
Agensi
28/07/2022
00:50 MYT
'Teruja tapi belum bersedia' - Shawn Mendes batal konsert jelajah, fokus kesihatan mental
Mendes memaklumkan dia sememangnya teruja untuk kembali ke pentas, namun realitinya masih belum bersedia sepenuhnya untuk jelajah. -Foto Instagram/@shawnmendes
PENYANYI dan penulis lagu Shawn Mendes membatalkan konsert jelajahnya di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah bagi memberi fokus kepada kesihatan mentalnya.
Menerusi perkongsian di akaun Twitter, Mendes memaklumkan dia sememangnya teruja untuk kembali ke pentas selepas terhalang susulan pandemik COVID-19, namun realitinya dia masih belum bersedia.
pic.twitter.com/gq7DanGNYW
— Shawn Mendes (@ShawnMendes) July 27, 2022
“Seperti semua sedia maklum, saya terpaksa menangguhkan beberapa persembahan konsert sejak beberapa minggu lepas kerana masih belum bersedia sepenuhnya untuk jelajah.
“Saya sangat teruja dengan perancangan awal konsert jelajah ini, namun realitinya saya masih belum bersedia untuk berdepan kesukaran ketika jerayawara.
“Selepas berbincang dengan pasukan saya dan mendapatkan nasihat pakar kesihatan profesional, jelas saya perlu mendapatkan rehat secukupnya yang mana saya tidak pernah lakukan sebelum ini.
“Ini bagi memastikan saya kembali dengan lebih kuat,” kongsinya dalam kenyataan tersebut dengan janji akan meneruskan konsert jelajahnya pada masa akan datang.
pic.twitter.com/gq7DanGNYW
— Shawn Mendes (@ShawnMendes) July 27, 2022
Mendes memulakan konsert jelajah dunia bagi mempromosi album terbaharunya “Wonder” sejak Jun lepas, namun awal bulan ini terpaksa menangguhkan beberapa siri jerayawara untuk berehat selama tiga minggu.
Dia turut menyatakan akan kembali dengan hasil karya muzik terbaharu selepas pulih dan berterima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokongnya.
Topic Berkaitan
#kesihatan mental
#konsert
#Shawn Mendes
#konsert jelajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan