SELERA penonton Melayu merupakan faktor utama yang diambil kira oleh Astro sebelum menerbitkan sesebuah produksi.
Dalam masa sama, kandungan yang bersifat segar dan berkualiti menjadi tanda aras Astro.
Kerana itu, dalam meneruskan trek rekodnya, Astro bakal menayangkan sebuah lagi tayangan hebat buat pelanggan-pelanggannya iaitu drama bersiri ‘The Maid’.
Bakal memulakan tayangan malam ini, 'The Maid' dianggap sebagai penerus kecemerlangan siri program The House yang mencetus fenomena baru-baru ini.
The Maid merupakan siri terbaharu terbitan portal hiburan Gempak, menerusi Gempak Original Series.
Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, penerbitan siri ini merupakan salah satu usaha untuk berikan kandungan segar dan berkualiti kepada penonton yang sentiasa mahukan sesuatu yang baharu.
“Rentetan kejayaan program realiti ‘The House’ musim keenam terbitan Gempak yang telahpun disiarkan di platform televisyen dan digital baru-baru ini, kami sebagai peneraju kandungan alaf baharu terus komited dalam membawakan lebih banyak pengisian segar dan berkualiti kepada penonton.
"Tampil dengan transisi berbeza, ini merupakan kali pertama di bawah payung penjenamaan Gempak Original Series bakal mempersembahkan drama bersiri 10 episod yang padat dengan jalan cerita penyiasatan dalam bentuk komedi thriller untuk tayangan di saluran Astro Ria," katanya dalam satu kenyataan.
Drama bersiri ‘The Maid’ dicetuskan oleh tenaga kreatif Gempak dan diarahkan oleh sutradara Helmi Yusof manakala Michael Ang terlibat selaku penerbit drama ini.
Apa yang menariknya, menerusi drama ini, penonton dapat menyaksikan kemunculan pertama Mira Filzah selepas bergelar isteri selain turut dimeriahkan dengan kehadiran Datin Paduka Eina Azman yang sudah sekian lama tidak bergiat secara aktif dalam dunia lakonan.
“Disokong dengan mutu lakonan yang mantap, plot penceritaan yang menarik serta kualiti produksi, kami yakin drama ‘The Maid’ mampu menambat hati penonton, lebih-lebih lagi sejak trailer, video TikTok, teaser dan poster promosi yang dikongsikan menerusi platform media sosial telah memperlihatkan keterujaan peminat yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan drama ini,” kata Raja Jastina lagi.
Drama bersiri 10 episod bergenre komedi thriller diarahkan oleh Helmi Yusof itu dilakonkan oleh Mira Filzah, Ezzaty Abdullah, Eina Azman, Sherry Alhadad dan Norman Hakim.
'The Maid' turut menampilkan pengacara Gempak TV, Isha Norsham yang memengang watak sebagai Ratu.
‘The Maid’ yang berdurasi selama 30 minit ini bersiaran pada setiap hari Rabu pukul 9.30 malam mulai 6 Januari (hari ini) secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel anda juga boleh strim drama bersiri ini menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand.
Asyraf Roslan
Wed Jan 06 2021
The Maid yang berdurasi selama 30 minit ini bakal bersiaran pada setiap hari Rabu pukul 9.30 malam mulai 6 Januari secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
#NoToLanun: Rakaman di sebalik tabir mampu buka mata masyarakat - Sherry Alhadad
Bagi pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad, rakaman sebalik tabir sangat penting bagi membuka mata masyarakat melihat bagaimana mereka yang berada dalam industri seni tanah air bekerja.
'Saya harap tak kena buli' - Sherry Alhadad teruja ke udara bersama JoHaRa 1 Mac ini
Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu Sherry Alhadad ke udara bersama JoHaRa Pagi ERA.
The Maid bakal cetus fenomena
The Maid dianggap sebagai penerus kecemerlangan siri program The House yang mencetus fenomena baru-baru ini.