KONSERT minggu kedua The Hardest Singing Show bakal menyaksikan kesemua peserta menyampaikan persembahan bertemakan Revolu-sihat.

Menerusi segmen akhir, L U S M atau ‘Level Up Satu Minggu’ telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya.


Senarai lagu minggu ke-2


Berikut merupakan senarai lagu untuk konsert minggu kedua The Hardest Singing Show:

Ayda Jebat - Im Sexy And I know it (LMFAO)
Aepul Roza - Nakal (Gigi)
Aisha Retno - New York New York (Frank Sinatra)
Zizi Kirana - Perang Dah Tamat (Malique ft Rabbani)
De Fam - Tamparan Wanita (Elite)
Datin Alyah - I am the best (2ne1)
Stacy - Wannabe (Spice Girls)
Putera Muhammad - Test Drive (Firdaus Rahmat)
Kaka - Standing In The Eyes of The World (Ella)

Jangan lupa saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.

Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.

Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Datuk Seri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.


Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 berserta trofi sumbangan Astro.

* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.

* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.

'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama 10 minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah di balik tabir, perbincangan, latihan pentas utama dapat disaksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin. -Gempak