PELAKON Rozita Che Wan, 51, kesal apabila ada segelintir pihak yang memutar belitkan kenyataan mengenai anaknya, Aaisyah Dhia Rana, 10, sehingga menimbulkan salah faham.
Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta berkata kenyataan tidak benar itu boleh mengundang kecaman orang ramai terhadap selebriti.
“Orang dakwa saya kata anak saya adalah T20 tapi anak orang lain B40. Saya tak pernah pun kata macam itu. Saya tak pernah labelkan diri saya macam itu.
“Saya pun tak tahu cerita itu dikeluarkan di portal yang mana, tapi saya rasa portal yang tidak bertanggungjawab.
“Tapi bila saya muat naik hantaran di Instagram (IG), ramai netizen tahu kenyataan itu bukan dari saya. Kita bukan nak cakap besar, tiada beza pun saya dengan orang lain.
“Saya juga terpaksa bekerja, bukan duit itu turun dari langit. Bukannnya saya baring dan tidur sahaja.
"Kenyataan tidak benar itu nanti akan mengundang kecaman, orang cakap artis berlagaklah,” katanya ketika ditemui Gempak.
Che Ta ditemui di majlis perasmian Fiesta PERKESO Membawa Senyuman di pusat beli belah My Town, pada Sabtu.
Jelas Che Ta lagi, dia juga tidak pernah membuat sebarang kenyataan sedemikian dan turut bekerja keras menjana pendapatan sama seperti orang lain.
“Seperti hari ini saya baru saja pulang dari Kelantan menghadiri acara, kemudian ke pejabat sekejap ada mesyuarat dan ke sini.
“Jadi saya tidak pernah bezakan saya dengan sesiapa. Demi Allah tak pernah. Kita jadi macam apa yang kita ada hari ini adalah dari sokongan semua orang terutamanya B40.
“Awak ingat T20 nak layan kita misalnya bila kita jual produk? Bila saya keluarkan produk pun saya keluarkan produk yang mampu milik, untuk semua orang rasa diri mereka disayangi dan cantik tanpa belanja yang tidak masuk akal.
“Saya muat naik di Instagram supaya orang tahu kenyataan itu bukannya dari saya. Alhamdulillah ramai yang memberikan komen yang positif.
“Orang ramai pun kenal saya sebab saya selalu buat live. Jadi bila kisah itu keluar mereka tahu ia bukan dari saya,” jelasnya.
Terdahulu, Che Ta memuat naik di laman sosialnya bertanya mengenai individu atau pihak yang mendakwa dia pernah mengeluarkan kenyataan berbaur riak.
“Alhamdulillah amin bertuah dia beranak atas dulang emas, mak kita bersalin kat atas katil kayu sahaja sebab kita B40, kita tak cemburulah cuma kita sakit hati dengan kata?
“Awak itu janganlah hina kami ini, kami B40 sedar diri tapi nak tanya juga kain kafan untuk T20 lain ke dengan B40,” tulis kenyataan tersebut. -Gempak
Gempak
Sun Mar 03 2024
Rozita (kanan) kesal apabila ada segelintir pihak yang memutar belitkan kenyataan mengenai anaknya Aaisyah Dhia Rana (kiri) sehingga menimbulkan salah faham. -Gempak
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Barangan rumah Che Ta hampir RM100,000 disita, lelongan dalam masa terdekat
Selain penilaian harga barangan, writ turut diserahkan kepada ibu Rozita setelah pelakon berusia 51 tahun yang lebih kenali sebagai Che Ta itu tiada di rumah.
Rumah Che Ta diserbu, didakwa gagal bayar pinjaman Mara hampir RM1 juta
Menurut sumber, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barangan di dalam kediaman aktres itu bagi tujuan penyitaan.
'Tiada beza pun saya dengan orang lain' - Che Ta nafi hina golongan B40
Che Ta berkata kenyataan tidak benar itu boleh mengundang kecaman orang ramai terhadap selebriti.
Hasrat Che Ta rai ulang tahun perkahwinan terbantut akibat COVID-19
Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui keadaannya sedikit lemah.
"Takut reput je muka hang" - Che Ta tegur Aaisyah sebab...
Aaisyah sentiasa mahu kelihatan cantik biarpun dalam keadaan tidur.
Che Ta bingung IG digantung, didakwa lakukan aktiviti agresif
Rozita Che Wan bingung dan kecewa apabila IG digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif sejak 15 September lalu.
20 tahun menunggu, Hafiz Nafiah akhirnya arahkan filem sulung 'Mat Kola'
Hafiz berkata, filem Mat Kola terbitan AA Success Pictures Sdn Bhd itu cukup bermakna kerana sudah lama menanti peluang mengarah filem pertama.
Hadiah bermakna buat Che Ta di usia 50 tahun, berpindah ke banglo mewah RM10 juta
Banglo yang terletak di Petaling Jaya itu akhirnya siap juga selepas empat tahun hadapi pelbagai masalah.
Inai keluaran Che Ta dijual dengan harga 'Rahmah'
Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, inai segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Anas Zahrin terus mencuri perhatian.