AKTOR Dwayne ‘The Rock’ Johnson sah tidak akan tampil dalam francais kesembilan Fast and Furious.
Perkara itu disahkan sendiri pelakon berusia 45 tahun itu dalam temu bualnya bersama Rolling Stone.
Menurut Johnson sekalipun tidak terlibat dalam Fast and Furious 9 ini tidak bermakna dia meninggalkan produksi filem aksi itu.
Sebaliknya dia kini menumpukan perhatian bagi menjayakan spin-off filem berkenaan bersama seorang lagi pelakon, Jason Statham.
Filem yang belum lagi diberi judul rasmi itu akan hanya menumpukan kepada watak Luke Hobbs (Johnson) dan Deckard Shaw (Statham) tanpa watak asal filem berkenaan.
Konflik Johnson dengan keluarga Furious bermula ketika penggambaran The Fate of the Furious. Ia berpunca tindakan bekas penggusti WWE itu mengkritik salah seorang pelakon lelaki utama filem itu sebagai tidak profesional.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai yang tahu kekecewaan Johnson itu ditujukan kepada Vin Diesel yang dikatakan sering lambat ke lokasi menyebabkan penggambaran tertangguh.
Bagaimanapun seorang lagi pelakon utama filem itu Tyrese Gibson mempertahankan Diesel yang dianggapnya seperti abang kandungnya sendiri.
Menurut Gibson, Diesel selama ini telah berusaha keras mempertahankan filem berkenaan dan setiap wataknya sejak sekian lama.
Menambahkan kemarahan Gibson adalah apabila dia mendapat tahu Johnson menghantar kertas cadangan untuk menerbitkan filem spin-off filem itu yang mengakibatkan Fast and Furious 9 tertangguh.
Filem spin-off Fast and Furious akan membuka tayangan pada 26 Julai 2019 sementara Fast and Furious 9 dijadual ditayangkan pada 10 April 2020.
Agensi
Thu Apr 05 2018
Dwayne menumpukan perhatian bagi menjayakan spin-off filem berkenaan bersama seorang lagi pelakon, Jason Statham. - Reuters
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Tiada Dwayne Johnson dalam Furious 9, gara-gara kritik Vin Diesel
Konflik Johnson dengan keluarga Furious berpunca tindakan bekas penggusti WWE itu mengkritik salah seorang pelakon lelaki utama filem itu.