awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi Siti Nurhaliza, Faizal Tahir kembali jadi juri tetap Big Stage

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
04/08/2020
22:34 MYT
Tiada lagi Siti Nurhaliza, Faizal Tahir kembali jadi juri tetap Big Stage
Faizal Tahir kembali menjadi juri tetap di samping Ajai dan Dayang Nurfaizah, sementara Michael Ang dan Caprice pula dilantik sebagai Presiden Netizen untuk Big Stage musim ketiga.
Program realiti hiburan popular, Big Stage kini kembali untuk musim ketiga.
Namun, ketiadaan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebagai juri tetap sudah pasti dirasai peminat program yang melahirkan juara Sarah Suhairi dan Han Byul dari Korea.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, ketiadaan penyanyi nombor satu negara itu kerana beliau ingin berehat buat seketika.
"Ini adalah permintaan daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri untuk berehat kerana seperti semua sedia maklum bahawa beliau sedang cuba untuk mendapatkan zuriat yang kedua, jadi kami hormat dengan keputusan beliau," katanya.
Namun begitu, tugas sebagai juri tetap dikembalikan kepada Faizal Tahir yang pernah bersama Big Stage pada musim pertama.
Selain daripada Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai juga dipertanggungjawabkan untuk menilai prestasi 12 peserta Big Stage untuk musim kali ini.
Pada masa sama, Emarina turut menyatakan bahawa Big Stage kali ini akan mengehadkan jumlah penonton semasa siaran langsung pada setiap minggu.
"Masa siaran langsung juga akan ada had penonton di mana sebelum ni kita ada 1,000 tapi kini kita perlu hadkan kepada 200 sahaja sebab kita perlu patuh SOP untuk kita ada penjarakan sosial," katanya semasa dihubungi Astro AWANI.
Ini merupakan profil 12 peserta yang bakal menghiasi pentas Big Stage musim ketiga.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Program yang dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad itu akan bersiaran secara langsung selama lapan minggu dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam mulai 16 Ogos 2020.
Topic Berkaitan
#Ajai
#Astro
#Astro Ria
#Big Stage
#Datuk Seri Siti Nurhaliza
#Dayang Nurfaizah
#Faizal Tahir
#hiburan
#norma baharu
#Putrajaya
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan