awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada rezeki tempa nama, undur diri jalan terbaik' - Harris Baba ucap selamat tinggal pada dunia seni

Gempak
Gempak
20/04/2020
05:10 MYT
'Tiada rezeki tempa nama, undur diri jalan terbaik' - Harris Baba ucap selamat tinggal pada dunia seni
Graf populariti Harris Baba merosot selepas dua tahun berehat dan menumpukan perhatian pada perniagaan keluarga di Sabah.
PENYANYI dan pelakon Harris Baba membuat keputusan mahu meninggalkan industri hiburan selepas kerjayanya yang semakin menurun selama tiga tahun lalu.
Memetik laporan BH Online, graf popularitinya merosot selepas dua tahun berehat dan menumpukan perhatian pada perniagaan keluarga di Sabah.
“Saya berulang alik hampir setiap minggu dari Sabah ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, tiada rezeki saya menempa nama, jadi saya fikir keputusan mahu berundur diri adalah jalan terbaik.
“Saya berundur diri secara baik daripada syarikat rakaman, World Peace Entertainment walaupun baru lapan bulan menandatangani kontrak,” ulas Harris kepada BH Online.
Terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya kerana berulang alik dari Sabah ke Kuala Lumpur setiap minggu, Harris atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba, 29, percaya keputusan yang diambil ini merupakan pilihan terbaik.
“Cukuplah, saya berada dalam industri hiburan. Jika diteruskan sekali pun, saya bimbang kerjaya berada di landasan yang sama. Jadi, saya harus bijak membuat keputusan,” ujarnya lagi.
Tambah Harris, dia banyak terlepas momen indah bersama isteri, Nik Naziha Zawawi dan dua cahaya mata, Aleena Ziya, 4, dan Muhammad Umar Baba, 2, sejak tiga tahun lalu. Inilah waktu untuknya menembus kembali masa yang terbuang.
Penyanyi kelahiran kota Singa itu berkata, dia semakin seronok menguruskan perniagaan bersama isteri. Perniagaan milik kakak iparnya diserahkan kepada Harris dan isteri, sejak setahun lalu.
Terdahulu, nama Harris melonjak naik menerusi single Katakan dan drama rantaian, Isteri Tuan Ihsan sekitar tahun 2016.
Namun, dua single Harris berjudul Bagaikan Selalu dan Love Me dilihat gagal meraih perhatian peminat.
Malah, percubaannya menyertai program tarian dan nyanyian Dansa Dan Sing pada awal Januari lalu juga tidak berhasil apabila menjadi peserta pertama yang diumumkan tersingkir.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
#Bagaikan Selalu
#Dansa Dan Sing
#Harris Baba bersara
#hiburan
#Isteri Tuan Ihsan
#pelakon
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan