awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China sedia bekerjasama dengan AS urus perbezaan, tingkatkan kolaborasi
Perancis lulus larangan media sosial bagi bawah 15 tahun
Schumacher tidak lagi terlantar di katil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak lagi sesuai digelar artis berbadan gempal, Afdlin Shauki kini semakin kurus!

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2019
00:20 MYT
Tidak lagi sesuai digelar artis berbadan gempal, Afdlin Shauki kini semakin kurus!
Pelakon dan hos popular itu mendedahkan bahawa tubuhnya kini semakin susut. Instagram @afdlinshaukiofficial
PELAKON, pelawak dan hos terkenal Datuk Afdlin Shauki mendedahkan bahawa tubuhnya kini semakin susut dan ia dibuktikan melalui perbandingan gambar yang dimuat naik di Instagram.
Gambar itu menunjukkan perbezaan bentuk tubuhnya pada Disember 2018 dan April 2019.
Malah muat naik itu bagi memberikan semangat kepada pengikutnya yang mengalami masalah berat badan dengan mesej bahawa jangan putus semangat untuk menguruskan badan.
Dalam muat naiknya itu, Afdlin mengakui melakukan perubahan ini demi anak-anaknya dan berikrar akan mencapai berat badan ideal secara perlahan-lahan.
View this post on Instagram
Nak bagi semangat kepada gang gang yang rasa kita tak boleh kurus lagi... abg pun rasa macam tu tapi bila tengok anak-anak dan gunakan mereka sebagai big WHY abg.... pelan pelan kita menuju kepada objektif kita... In Shaa Allah doakan abg terus istiqamah. Kiri 11 December 2018, Kanan 20 april 2019. #inspirasishauki #motivasi
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Apr 22, 2019 at 5:43am PDT
Beliau turut berjanji akan terus konsisten terhadap perubahan ini.
Mungkin perkongsian Afdlin ini akan membuka mata lebih ramai rakyat Malaysia bahawa misi mendapatkan berat badan ideal adalah sesuatu yang tidak mustahil.
Kerajaan sebelum ini mengakui masalah obesiti dan penyakit-penyakit tidak berjangkit di negara ini berada pada tahap membimbangkan dan sedang meningkat.
Kajian mendapati seorang daripada setiap dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat dan obesiti.
Kami di Astro AWANI mengucapkan tahniah kepada Afdlin atas iltizam untuk mengutamakan kesihatan dan menjadi contoh terbaik kepada jutaan rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan!
Topic Berkaitan
#Afdlin Shauki
#Astro Awani
#Datuk Afdlin Shauki
#Datuk Seri Vida
#entertainment
#filem
#gemuk
#hiburan
#Instagram
#kesihatan
#obesiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan