awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tidak perlu hadir pengebumian" - Permintaan keluarga Glenn Fredly

Agensi
Agensi
09/04/2020
04:09 MYT
"Tidak perlu hadir pengebumian" - Permintaan keluarga Glenn Fredly
Glenn menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Setia Mitra, Cilandak, Jakarta Selatan pada sekitar pukul 6.47 Rabu akibat penyakit meningitis.
Keluarga penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly meminta kerjasama kenalan-kenalan agar tidak menghadiri majlis pengbumian mendiang yang akan diadakan pada hari ini di Taman Pemakaman Umum Tanah Kusir, di sini.
Permintaan itu dibuat keluarga berkenaan ekoran situasi semasa yang tidak mengizinkan ekoran penularan pandemik COVID-19 di negara itu.
Menurut laporan portal Kompas, mewakili keluarga besar mendiang Glenn, Mozes Latuihamallo berkata, apa yang paling utama ialah seluruh kenalan mendoakan kesejahteraan penghibur yang menutup usia pada 45 tahun pada Rabu.
"Tanpa mengurangi rasa hormat, kami berharap agar (kenalan Glenn) tidak hadir dalam proses pengebumian kerana situasi dan keadaan yang tidak memungkinkan saat ini," kata Mozes dalam kenyataan yang diedarkan . Katanya lagi: "Doa rakan-rakan sekalian di mana pun berada sudah lebih dari cukup untuk menguatkan kami dalam rasa duka ini.”
Selain doa, Mozes berkata, pihak keluarga juga meminta semua yang mengenali Glenn agar memaafkan segala kesalahan yang mungkin pernah dilakukan mendiang sepanjang hayatnya.
"Melalui pernyataan tertulis ini, kami pihak keluarga meminta doa dari rakan-rakan pemuzik, kerabat, teman dan seluruh masyarakat Indonesia untuk Glenn Fredly. Memaafkan segala kesalahan yang pernah beliau lakukan, baik sengaja mau pun tidak disengaja," ujar Mozes.
Penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Januari itu menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Setia Mitra, Cilandak, Jakarta Selatan pada sekitar pukul 6.47 Rabu akibat penyakit meningitis.
Mendiang Glenn meninggalkan isteri, Mutia Ayu dan anak yang baru berusia 40 hari.
BACA: Penyanyi lagu Januari, Glenn Fredly, meninggal dunia

Topic Berkaitan
#glenn fredly
#Januari
#meninggal dunia
#penyanyi terkenal Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan