awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga tahun menjalin cinta, Azzam Sham, Sheryl Shazwanie ikat tali pertunangan

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
01/10/2021
08:52 MYT
Tiga tahun menjalin cinta, Azzam Sham, Sheryl Shazwanie ikat tali pertunangan
Menurut Azzam, mereka merancang untuk bertunang pada bulan Mei yang lalu namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka terpaksa menangguhkan dahulu hasrat mereka. - Foto Instagram@azzam_sham
KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta, Juara Big Stage Azzam Sham akhirnya mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya yang juga seorang penyanyi iaitu Sheryl Shazwani pada Khamis.
Berita gembira itu dikongsikan oleh kedua-dua penyanyi muda itu di laman Instagram pada Jumaat.
Menurut pelantun lagu Cinta Jangan Pergi, mereka merancang untuk bertunang pada bulan Mei yang lalu namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka terpaksa menangguhkan dahulu hasrat mereka.
“Sepatutnya saya dan Sheryl bertunang pada bulan lima tahun ini namun sebab PKP dan COVID-19 kami terpaksa batalkan hasrat itu.
“Jadi semalam sebab hari jadi Sheryl, keluarga saya terus merancang untuk buat majlis tunang dan sambut hari jadi Sheryl sekali,” kata Azzam ketika dihubungi Astro AWANI.
View this post on Instagram
A post shared by Azzam Sham (@azzam_sham)
BACA: Iman Troye, Naim Daniel bertunang?
Juara Big Stage musim ketiga ini juga memberitahu jika tiada sebarang halangan keluarga mereka telah merancang untuk mereka berdua disatukan pada awal tahun hadapan.
“Saya tak boleh nak cakap bila saya akan disatukan, sebab dengan keadaan sekarang kita tak boleh nak jangka, tapi InsyaAllah semuanya akan dilaksanakan awal tahun hadapan,” tambahnya.
Majlis pertunangan yang berlangsung di kediaman keluarga Sheryl diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
Sejak menjalinkan hubungan cinta, pasangan ini sentiasa berkongsi kisah mereka berdua di sosial media dan tidak pernah menyorokkan status mereka daripada peminat mahupun media.
Pada masa sama, Azzam turut berkongsi akan melancarkan single terbaharunya yang berjudul Baby Bam Bam pada awal bulan hadapan.
Topic Berkaitan
#Azzam Sham
#Sheryl Shazwani
#Bertunang
#Big Stage
#perintah kawalan pergerakan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan