awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiket Konsert Dayang Dua Dekad habis terjual

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
14/02/2019
13:00 MYT
Tiket Konsert Dayang Dua Dekad habis terjual
Shirazdeen Karim selaku penganjur, sejumlah 1,400 tiket ditawarkan bermula dari harga RM125 hingga RM695.
Tiket Konsert Dayang Dua Dekad yang bakal berlangsung 21 Julai ini di Istana Budaya habis terjual dalam tempoh tujuh jam.
Menurut Produser Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim selaku penganjur, sejumlah 1,400 tiket ditawarkan bermula dari harga RM125 hingga RM695.
Penjualan tiket menerusi myticket.asia yang bermula jam 2 petang itu hanya berbaki 20 tiket berharga RM695 pada pukul 7.20 petang tadi.
Sementara itu, Dayang Nurfaizah ketika dihubungi Astro AWANI terkejut dengan sambutan peminat terhadap konsert solonya itu.
“Saya amat bersyukur dan gembira dengan sambutan yang diterima. Terima kasih kepada semua peminat-peminat yang sejak 20 tahun lalu kekal setia mendokong Dayang dalam industri ini.
“Dayang amat teruja menantikan malam tersebut dan akan memberikan yang terbaik kepada semua peminat-peminat,” katanya.
Bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-38 pada 20 Julai, Dayang menyifatkan konsert yang tersebut sebagai hadiah hari jadi paling bermakna itu.
Topic Berkaitan
#Dayang Nurfaizah
#Istana Budaya
#myticket asia
#Shiraz Projects
#Shirazdeen Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan