awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan Yana Samsudin cuci tandas R&R dapat pujian netizen

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
20/07/2015
13:06 MYT
Tindakan Yana Samsudin cuci tandas R&R dapat pujian netizen
Yana dan suami juga membelikan beberapa botol air mineral untuk kegunaan mereka yang beratur panjang untuk menggunakan tandas berkenaan.
Tindakan pelakon popular, Yana Samsudin, dan suaminya, Fadzil Zahari, membersihkan sendiri tandas di sebuah stesen minyak tempat rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak, mendapat pujian warga media sosial.
Rata-rata netizen menyifatkan apa yang dilakukan Yana dan suaminya itu adalah contoh sifat mulia dan bertanggungjawab yang perlu ada dalam diri setiap manusia.
Menerusi Facebook, Yana semalam meluahkan rasa tidak puas hati apabila tandas di stesen minyak R&R berkenaan bukan sahaja sangat kotor, tetapi pihak pengurusannya juga gagal meletakkan sebarang notis yang menyatakan tandas tersebut tidak mempunyai bekalan air.
Hal berkenaan dilihat menyusahkan pengunjung, malah kata Yana, dia tidak menyalahkan mereka yang meninggalkan 'harta' mereka tanpa membersihkannya terlebih dahulu.
Seorang pengguna Facebook dengan nama Zeezah Jamil, mengakui melihat sendiri bagaimana Yana dan suaminya menarik hos pili bomba untuk membersihkan tandas tersebut sebelum dihalang oleh seorang pekerja.
Yana netizen
Yana netizen
Pengguna Facebook, Zeezah Jamil, antara saksi perbuatan mulia Yana dan suaminya.
Yana dan suami juga membelikan beberapa botol air mineral untuk kegunaan mereka yang beratur panjang untuk menggunakan tandas berkenaan. Pelakon yang terkenal dengan nama manja Kak Yong di kalangan peminatnya itu juga berharap agar kejadian sebegitu tidak berulang lagi di masa depan.
Yana netizen 1
Yana netizen 1
Antara reaksi netizen di Facebook
Topic Berkaitan
#Hari Raya 2015
#Yana Samsudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan