KUALA LUMPUR: Tiada siapa yang mahu mendedahkan dirinya pernah terdedah kepada jangkitan COVID-19, wabak yang yang paling digeruni ketika ini.
Namun, situasi pandemik yang mengancam penduduk sedunia ketika ini tidak banyak memberikan ruang untuk kita mengelakkannya secara total.
Begitulah yang berlaku kepada pelakon Hani Nazrina Hanizar, 26 tahun, yang dikesan positif virus itu pada 10 Ogos lalu.
Anak kelahiran Perlis yang juga seorang Instafamous itu dipercayai dijangkiti COVID-19 ketika keluar ke pasar raya untuk membeli barang keperluan harian berhampiran kediamannya di Subang.
“Tiga hari selepas keluar beli barang, tiba-tiba saya demam dan sakit tekak. Paling dirasai apabila badan mula rasa sengal-sengal.
“Dekat rumah saya memang dah ada kit ujian dan malam tu saya cuba buat ujian dan ternyata positif. Agak panik jugalah mulanya, ditambah dengan rasa lemah dan adakalanya rasa tercungap. Ia agak menakutkan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Dia kemudiannya menjalani ujian Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan disahkan positif.
“Saya kemudiannya mendaftar di salah sebuah Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) swasta di Petaling Jaya sebelum mereka memberi penerangan tentang prosedur dan langkah-langkah yang perlu dilakukan selepas itu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik." jelasnya.
Bagaimanapun, jelasnya yang sudah menerima vaksinasi berkata, simptom yang dihadapinya itu boleh dikatakan kurang dan cepat sembuh berbanding mereka yang tidak langsung divaksin.
Katanya, dia diminta menjalani tempoh kuarantin di rumahnya sahaja tetapi perlu melakukan kemas kini dalam aplikasi MySejahtera setiap masa bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau keadaan kesihatannya.
Pelakon drama Shhh I Love You, Red Velvet dan Nota Buat Cempaka itu bagaimanapun mengakui bahawa melalui pengalaman dijangkiti COVID-19 adalah sesuatu yang menakutkan memandangkan ia telah mengorbankan banyak nyawa.
“Memang takut, tapi nasib baiklah ramai yang memberi sokongan... daripada keluarga dan rakan-rakan. Ada yang selalu bertanya khabar dan menghantar makanan dan sebagainya sepanjang saya melalui tempoh kuarantin," katanya.
Pemegang Ijazah Sains Aktuari itu bersyukur dia mampu melalui pengalaman tersebut dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang menyediakan suntikan vaksinasi secara percuma kepada rakyat Malaysia.
“Saya nak ambil peluang ini nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak. Kepada mereka yang masih belum ambil vaksin, silalah berbuat demikian.
“Mereka mungkin tidak sedar dan faham bahaya sebenarnya yang mampu diakibatkan oleh COVID-19 kerana tidak melaluinya.
"Tetapi apa yang mampu saya katakan, vaksinasi yang diberikan itulah mungkin telah menyelamatkan nyawa saya, dan tentunya saya bersyukur pada Tuhan atas kesembuhan yang diberikan-Nya," jelasnya penuh harapan agar mereka yang belum divaksin segera mendapatkannya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Sep 23 2021
Hani mengingatkan semua bahawa virus itu masih ada di sekeliling kita dan vaksinasi boleh membantu mengurangkan kesan simptom jangkitannya. - Foto: Hani Nazrina
TH sedia penginapan bertaraf lima bintang untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.
Permodalan pasaran saham Malaysia catat sejarah tertinggi - melepasi RM2 trilion
Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat untuk hari keempat berturut-turut kepada 1,605.68, penutup tertinggi sejak 8 April 2022, diterajui oleh saham pengguna dan perbankan.
Lapangan terbang antarabangsa UK alami masalah sistem E-gate
Isu teknikal yang dialami di lapangan terbang terbesar di UK seperti di Heathrow itu turut menjejaskan kawalan pasport.
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Faisal Halim hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
'Tolonglah ambil vaksin.. Saya sudah lalui pengalaman menakutkan' - Hani Nazrina
Hani Nazrina bersyukur mampu melepasi pengalaman itu dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang menyediakan suntikan vaksinasi secara percuma kepada rakyat Malaysia.