awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebar maklumat perjawatan ATM: Beberapa pegawai dipanggil polis beri keterangan
'MU menang, cucu saya tak puas hati', seloroh PM Anwar
Arkitek JKR mengaku tidak bersalah dakwaan tuntutan elaun perjalanan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tony Eusoff mahu lupakan trauma penjara

Astro Awani
Astro Awani
12/10/2016
14:16 MYT
Tony Eusoff mahu lupakan trauma penjara
Bercerita mengenai episod hitam itu, Tony berkata apa yang paling sukar ketika ini adalah untuk memaafkan diri sendiri.
SEBAIK selesai lima bulan menjalani hukuman penjara di Singapura kerana kesalahan memiliki dadah, pelakon dan penyanyi Tony Eusoff kini bersedia membuka lembaran baharu dalam hidupnya.
Bercerita mengenai episod hitam itu, Tony, 38 tahun, berkata apa yang paling sukar ketika ini adalah untuk memaafkan diri sendiri.
"Dulu jika ditanya apa yang saya ingin ubah, banyak sekali. Tetapi sekarang, saya ada perspektif baharu dalam hidup iaitu apa yang berlaku punya maknanya yang tersendiri dan apa yang berlaku adalah perancangan Tuhan,” katanya dalam temu bual Sembang Seni di AWANI 7.45 hari ini.
Dalam pada itu, Tony atau nama sebenarnya, Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman berkata pengalaman pahit itu juga sekali gus menjelmakan seorang insan baharu di dalam dirinya.
"Tony yang baharu ialah Tony yang lebih pandai yang tahu bagaimana nak menilaikan diri, keadaan dan suasana dengan lebih baik.
“Ini saya anggap adalah satu pengalaman yang lumayan bukan sahaja pada diri saya malah kepada orang-orang yang saya sayang,” katanya.
Tony juga bersyukur, rakan-rakan industri tidak pernah menyisihkannya malah beberapa perancangan untuk filem terbaharu telah pun dilakukan.
Tony menjalani hukuman penjara lapan bulan di Admiralty West Prison, Singapura pada 21 April lepas dan dibebaskan pada 1 Oktober lalu kerana berkelakuan baik.
Topic Berkaitan
#Admiralty West Prison
#penjara
#Tony Eusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan