awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tony Fernandes bakal merealisasikan impian BTS Army!

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
14/04/2019
09:09 MYT
Tony Fernandes bakal merealisasikan impian BTS Army!
Menurut Tony, beliau sedang berhubung dengan pihak syarikat hiburan, Live Nation untuk membawa BTS ke Malaysia.
BTS Army, anda masih lagi ada harapan!
Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan kehadiran kumpulan K-Pop popular, BTS bagi melangsungkan persembahan konsert mereka di tanah air.
Tony mengeluarkan kenyataan berkenaan di laman Twitter rasminya hari ini bahawa beliau sedang berkerja keras bagi merealisasikan impian BTS Army itu.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, pihaknya sedang berhubung dengan pihak syarikat hiburan, Live Nation dan setakat ini masih belum mempunyai kata putus untuk tarikh kedatangannya.
"Sesi perbincangan untuk membawa BTS ke sini masih sedang dijalankan akan tetapi masih tidak mempunyai maklumat yang boleh dipastikan," kata pihak pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia dalam satu pesanan ringkas WhatsApp, hujung minggu lalu.
Working hard on @bts_bighit . No dates but we are in contact and hopefully we can do something with @LiveNation
— Tony Fernandes (@tonyfernandes) April 14, 2019
Susulan itu, peminat Malaysia yang digelar sebagai ARMY Malaysia melahirkan rasa keterujaan mereka di media sosial.
Thank youuu! Hoping for a good news! @BTS_twt
— BTSxMALAYSIA | #BoyWithLuv (@BTSMY_ARMY) April 14, 2019
We believing in you, sir!
— (@hvnieee) April 14, 2019
Pls make it happen sir, ive been attending their concert at singapore before last january.. its good real life experience but its even better to have it in our own country too
— Lea (@LeaWilliamJimin) April 14, 2019
Tony sebelum ini juga pernah memberikan 'hint' bagi membawa BTS atau dikenali sebagai Bangtan Boys itu untuk ke Malaysia sewaktu sesi ilmiah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu pada Disember lalu.
BACA: Konsert BTS: 'Insya-Allah we will seal the deal' - Syed Saddiq
BTS juga telah melakar sejarah dengan lagu baharu 'Boy With Luv' yang kini menjadi muzik video paling banyak meraih jumlah tontonan dalam masa 24 jam untuk sejarah YouTube.
Ia bukan hanya mencipta rekod bagi kategori K-pop malah ianya termasuk di dalam keseluruhan video di YouTube yang mencapai jumlah tontonan sebanyak itu.
Setakat ini, jumlah tontonan muzik video 'Boy With Luv' sudah mencecah sebanyak 108 juta tontonan sejak dimuat naik di YouTube sejak 12 April.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Bangtan Boys
#BTS
#hiburan
#K-pop
#Kpop
#Malaysia
#media sosial
#Tony Fernandes
#Twitter
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan