awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi bomba lemas: Siti Nurhaliza, Sharnaaz Ahmad, Norman Hakim kongsi kesedihan

Gempak
Gempak
04/10/2018
08:00 MYT
Tragedi bomba lemas: Siti Nurhaliza, Sharnaaz Ahmad, Norman Hakim kongsi kesedihan
Ucapan takziah buat keluarga mangsa. - Foto Astro GEMPAK
Semenjak awal pagi, tragedi yang menimpa enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) menjadi topik hangat yang dibincangkan di laman sosial.
Pada mulanya, pasukan berkenaan dilaporkan turun ke lombong pada pukul 9.15 malam Rabu bagi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam lombong.
Air deras tiba-tiba berlaku menyebabkan keenam penyelam berpusing di dalam air serta menyebabkan peralatan menyelam tertanggal.
Anggota di darat berjaya menarik kesemua penyelam tersebut namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) telah dilakukan tetapi tidak berjaya.
Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan empat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang meninggal dunia dalam tragedi itu.
Selebriti tempatan juga turut berkongsi rasa sedih mereka berkenaan peristiwa tersebut.
Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan perasaan berkenaan isu tersebut menerusi sebuah entri di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Berita yg sangat sedih buat semua ahli bomba dan jabatan bomba.. Salam takziah buat semua ahli keluarga.. Hero yg pasti tiada perpenghujung, terkorban semasa bertugas adalah satu kematian yg sgt mulia.. Al fatihah .. Budak 17tahun masih belum jumpa.. katanya jatuh memancing.. semoga kita ambik iktibar..
A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on
Oct 3, 2018 at 9:23am PDT
View this post on Instagram
Saya pernah bekerja, bergurau, bergelak dgn mereka, dan mereka adalah yg terbaik dalam unit di air malaysia, mereka adalah unit elit khas.. dan kehilangan yg sgt terasa buat unit di air bomba malaysia.. dan mereka sgt terlatih dan mahir dalam misi menyelamat.. banyak kes mereka bersabung nyawa dan berjaya selamatkan.. tetapi kali ini mereka dijemput oleh Allah atas tugas mereka.. sy sangat terkesan dengan kehilangan unit di air bomba malaysia.. mereka telah gugur dan syahid ketika melakukan kebaikan.. semoga Allah luaskan kubur mereka, dan jadikan kematian ini syahid yg paling indah buat ke enam enam hero sebenar malaysia.. @jabatanbombadanpenyelamat telah kehilangan asst paling besar negara..
Topic Berkaitan
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#lemas
#media sosial
#meninggal dunia
#Puchong
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan