[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Trailer pertama Rogue One papar alam baharu Star Wars

Nizam Bakeri 08/04/2016 | 02:43 MYT
Rogue One mengisahkan sekumpulan pemberontak merancang untuk mencuri pelan skematik Death Star milik Galactic Empire - Foto YouTube/Star Wars
SEELPAS kejayaan besar-besaran The Force Awakens di seluruh dunia, Disney dan Lucasfilm tahu para peminat francais Star Wars sudah tidak sabar menunggu sekuel filem tersebut yang hanya akan ditayangkan pada Disember tahun hadapan.
Bagi meredakan debaran mereka, Rogue One: A Star Wars Story muncul sebagai filem sisipan dan bakal ditayangkan pada Disember tahun ini.
Walaupun tiada kaitan dengan plot The Force Awakens, Rogue One masih lagi berlegar dalam alam Star Wars ciptaan asal George Lucas.
Filem ini mengisahkan sekumpulan pemberontak yang merancang untuk mencuri pelan skematik stesen angkasa merangkap senjata pemusnah Death Star yang dimiliki oleh Galactic Empire.
Pelan tersebut telah digunakan oleh Princess Leia untuk memusnahkan Death Star dalam filem pertama francais Star Wars, A New Hope.
Trailer berdurasi dua minit itu turut mendedahkan para pelakon yang bakal beraksi dalam Rogue One.
Felicity Jones tampil sebagai watak utama, Jyn Erso sekali gus mewujudkan tradisi baharu Disney memilih pelakon wanita untuk menerajui francais Star Wars pasca-Lucas selepas Daisy Ridley melakonkan watak Rey dalam The Force Awakens.
Rogue One turut dibintangi oleh pemenang Academy Award Forest Whitaker, Diego Luna, Ben Mendelsohn, dan pelakon utama Ip Man, Donnie Yen.
Filem ini diarahkan oleh Gareth Edwards yang sebelum ini menerajui filem Godzilla pada tahun 2014.
Felicity Jones dalam Rogue One - Foto YouTube/Star Wars
Forest Whitaker dalam Rogue One - Foto YouTube/Star Wars
Donnie Yen dalam Rogue One - Foto YouTube/Star Wars
Respon netizen
Netizen rata-rata gembira dengan trailer pertama Rogue One dan nyata tidak sabar untuk menonton buah tangan terbaharu Disney ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Felicity Jones #Rogue One Star Wars trailer #Rogue One trailer #Star Wars #The Force Awakens