PENYANYI Siti Nordiana telah berangkat ke tanah suci Mekah semalam, untuk menunaikan ibadah umrah.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Siti Nordiana mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.

Siti Nordiana atau Nana turut berdoa agar perjalanan serta ibadahnya dipermudahkan.

Terdahulu, Nana memaklumkan kepada Astro Gempak, ini merupakan ibadah umrah pertamanya.

Nana ke tanah suci bersama anaknya, Muhammad Rayyan serta beberapa ahli keluarganya.

Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Nana berjalan lancar.

Assalamualaikum ..sy & keluarga akan berangkat ke mekah untuk menunaikan umrah . Jadi sy menyusun 10 jari memohon maaf jika ada tersalah laku atau terkasar bahasa atau terlebih gurauan. Doakan semoga segalanya berjalan lancar dan di permudahkan di sana..semoga kita semua dilimpahkan rezeki yg luas dan halal.. aamiin tq