awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TVS seru bakat baharu sertai rancangan realiti pertama Sarawak, TVSTARZ

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
11/01/2021
11:14 MYT
TVS seru bakat baharu sertai rancangan realiti pertama Sarawak, TVSTARZ
Peserta yang disenarai pendek dibawah rancangan TVSTARZ ini akan digilap dan diadili oleh juri profesional. -Gambar Fail
KUALA LUMPUR :Berbakat dan mempunyai personaliti menarik? Inilah peluang anda.
TVS kini melakukan pencarian bakat baharu untuk digilap menerusi rancangan realiti pertamanya, TVSTARZ.
Terbuka kepada individu berusia 18 hingga 27 tahun, 12 peserta berbakat akan disenarai pendek dan digilap untuk menjadi ikon industri hiburan Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group (SMG), Suhaimi Sulaiman, TVSTARZ adalah sebuah rancangan pencarian bakat yang unik di Asia kerana bakal mengetengahkan individu serba boleh, tidak kira dalam bidang nyanyian, lakonan ataupun pengacaraan.
“Terdapat banyak bakat muda di luar sana yang belum diketengahkan sepenuhnya. Industri ini secara amnya, terutamanya TVS, memerlukan lebih banyak bakat yang boleh mencetus inspirasi.
"Kami amat teruja untuk mengasah bakat baharu ini melalui TVSTARZ,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menyahut kepada seruan norma baharu, ujarnya uji bakat akan dilakukan secara dalam talian. Mereka yang berminat boleh menyerahkan penyertaan dalam bentuk video di laman sesawang www.tvstv.my/tvstarz sebelum 31 Januari 2021.
Hanya individu yang berjaya disenarai pendek sahaja bakal dipanggil ke peringkat seterusnya. Peserta akan diadili oleh juri-juri profesional dengan sokongan undian awam.
Untuk makluman, TVS adalah merupakan stesen TV pertama yang dimiliki oleh Kerajaan Sarawak.
Topic Berkaitan
#Bakat baharu TVS
#TVSTARZ
#Pencarian bakat baharu
#Sarawak Media Group
#Ketua Pegawai Eksekutif SMG
#Suhaimi Sulaiman
#bakat lakonan
#Nyanyian
#pengacaraan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan