KUALA LUMPUR: Pengarah filem tersohor, U-Wei Saari memecahkan tradisi Festival Filem Antarabangsa Moscow dengan meyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu.

Selaku Ketua Juri (Filem Dokumentari), U-Wei memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai salah satu cara beliau memartabatkan bahasa ibunda.

"Sebagai karyawan Malaysia dan mewakili Malaysia, selayaknya untuk saya menggunakan bahasa ibunda untuk berucap dan mengumumkan pemenang pada malam tersebut," kata U-Wei kepada Astro AWANI.

Pemilihan U-Wei sebagai ketua juri di festival filem peringkat antarabangsa merupakan satu penghormatan kepada dunia perfileman negara. - Gambar ihsan U-Wei HajiSaari

The Holy Archipelago dari Rusia yang diarahkan oleh Sergei Debizhev telah diumumkan sebagai pemenang filem dokumentari terbaik pada festival tersebut.

Pemilihan U-Wei sebagai Ketua Juri di festival filem peringkat antarabangsa merupakan satu penghormatan kepada dunia perfileman negara.

Filem Kaki Bakar arahan U-Wei yang dihasil berdasarkan novel Barn Burning karya penulis Amerika Syarikat, William Faulkner merupakan filem pertama dari Malaysia yang diundang ke Festival Filem Cannes.

Selepas Kaki Bakar, filem arahannya, Sepohon Rambutan Indah Kepunyaan Ku Di Tanjung Rambutan turut diundang untuk The Directors' Fortnight di festival filem yang sama pada 2006.