HIBURAN
Ucapan hari lahir Taylor Swift untuk Ed Sheeran cetus inspirasi
Taylor Swift memenangi tiga trofi dalam Grammys 2016 menerusi Album of the Year, Album Pop Vokal Terbaik, dan Muzik Video Terbaik - Foto AFP
Selepas album 1989 merangkul anugerah Album of The Year dalam anugerah Grammy Selasa lalu, Taylor Swift terus diraikan di media sosial.
Kali ini, ucapan hari lahir kepada teman karibnya Ed Sheeran yang dikongsi di Instagram meraih tumpuan netizen.
Peminat Swift rata-rata memuji ucapan tersebut sebagai memberi inspirasi dan menjadi contoh hubungan persahabatan yang sejati.
Dalam ucapan tersebut, Swift mengenang pertemuannya dan Sheeran di London dua tahun lalu. Mereka bertemu di sebuah kedai pakaian balet dan Sheeran ketika itu berkongsi lagu yang baru digubah dan masih belum diperdengarkan kepada sesiapa.
“Ketika itu kami tidak tahu lagu itu bakal dimainkan dalam majlis perkahwinan di seluruh dunia, menjadi lagu Ed paling popular, dan kemudian memenangi Song of the Year dalam Grammys 2016,” tambah Swift.
BACA: Grammy 2016: Ucapan Taylor Swift tamparan hebat terhadap kebiadaban Kanye West
BACA: Taylor Swift, Kanye West kembali 'berperang'
Swift turut mendedahkan Sheeran sentiasa berkongsi lagu yang baru digubah:
“Dia (Sheeran) tidak tahu betapa berertinya buat saya apabila dia mahu saya mendengar lagunya terlebih dahulu. Dia tidak tahu saya mendapat inspirasi dari semangat dan keghairahannya sentiasa mencipta seni baharu. Tapi ini hari lahirnya yang ke-25, jadi saya beritahu sekarang. Kamu layak menerima segalanya, dan apa yang bakal kamu terima, Ed.”
ALBUM: Fesyen di Anugerah Grammy ke-58
ALBUM: Anugerah Grammy ke-58

#hari jadi Ed Sheeran
#Taylor Swift Ed Sheeran
#Taylor Swift Grammys 2016
#Taylor Swift selamat hari jadi Ed Sheeran