RATUSAN peminat kumpulan legenda Britain, The Beatles berkumpul di London bagi mencipta semula gambar ikonik 'Abbey Road' yang diambil 50 tahun dahulu.
Lintasan pejalan kaki paling terkenal di dunia tersebut terletak di St John’s Wood, London dibanjiri peminat yang berpakaian seperti idola mereka.
Kebanyakan yang hadir tidak melepaskan peluang untuk berjalan di lintasan pejalan kaki tersebut bagi memberi penghormatan kepada gambar asal yang diambil jurugambar Scotland, Iain Macmillan pada 8 Ogos 1969.
Gambar asal menampilkan keempat-empat anggota 'Fab Four' iaitu John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr yang menyeberangi lintasan pejalan kaki di luar Abbey Road Studios.
Studio tersebut juga merupakan lokasi di mana kuartet tersebut merekod album berjudul ‘Abbey Road’ pada 1969.
Gambar tersebut kemudian digunakan untuk menghiasi menghiasi kulit album berkenaan dan menjadi imej yang paling terkenal dalam sejarah muzik.
Bagi memperingati ulang tahun ke-50 itu, syarikat rekod Apple Corps/Capitol/UMe akan mengeluarkan satu pakej Abbey Road khas yang menampilkan ‘mixes’ atau adunan muzik baharu album tersebut dalam nada stereo dan 23 sesi rakaman serta demo pada 27 September depan.
Isabelle Leong
Fri Aug 09 2019
Kebanyakan yang hadir tidak melepaskan peluang untuk berjalan di lintasan pejalan kaki tersebut untuk memberi penghormatan kepada gambar asal yang diambil jurugambar Scotland, Iain Macmillan pada 8 Ogos 1969. - Foto REUTERS
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
'Bukan gimik!' - Sissy Imann kongsi kisah di sebalik jual album RM20
Sissy yang dalam keadaan emosi tidak terkawal ketika itu mencampak albumnya yang berada di atas meja disebabkan terlalu kecewa dengan dirinya.
Masih sentap! Sissy Iman tak jadi lancar album rakam di Abbey Road, tukar jadi derma
Selepas insiden di pentas sebuah rancangan nyanyian malam tadi, Sissy Iman nekad untuk melepaskan album yang dibikinnya sebagai derma.
Ulang tahun ke-50 gambar ikonik The Beatles di Abbey Road
Lintasan belang paling terkenal di dunia tersebut terletak di St Johns Wood, London dibanjiri peminat yang berpakaian seperti idola mereka.