Les’Copaque Production selaku pencipta karakter Upin & Ipin mendedikasikan laman Facebook mereka untuk berkongsi mesej-mesej semangat terhadap kejadian kehilangan MH370 menerusi lukisan.

Laman yang kini mencecah lebih 8 juta LIKES itu telah menerima lebih 20 lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak dan dewasa, bukan saja dari Malaysia malah Indonesia dan Filipina.



MH370

Mereka yang mahu menghantar lukisan boleh berbuat demikian melalui Facebook Upin & Ipin atau melalui instagram dengan hashtag #UpinIpinPrayforMH370.

Berikut merupakan antara lukisan yang dikongsikan di laman sosial tersebut.