awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IFF 2026 tampilkan barisan filem hebat untuk penonton Malaysia
Serangan Israel terhadap sektor pendidikan di Gaza ancam masa depan seluruh generasi rakyat Palestin - UNICEF
Perancis tegas kerjasama global mineral kritikal menjelang mesyuarat peringkat menteri di Washington
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uqasha harap Kamal Adli beri kerjasama dalam proses cerai

Gempak
Gempak
22/10/2025
07:03 MYT
Uqasha harap Kamal Adli beri kerjasama dalam proses cerai
Uqasha Senrose berharap Kamal Adli hadir dan beri kerjasama dalam prosiding cerai yang ditangguhkan ke 28 Oktober setelah Kamal tidak hadir pada sesi pertama. -Foto Gempak
PELAKON Uqasha Senrose berharap suaminya, Kamal Adli, hadir dan memberikan kerjasama dalam prosiding perceraian mereka yang sedang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Ringkasan AI
  • Uqasha Senrose berharap Kamal Adli hadir dan beri kerjasama dalam prosiding cerai yang ditangguhkan ke 28 Oktober kerana Kamal tidak hadir pada sesi pertama.
  • Peguam Uqasha menyatakan perceraian difailkan atas alasan tiada lagi persefahaman dan tiada usaha memulihkan hubungan sejak pergolakan rumah tangga bermula April lalu.
  • Uqasha kini tinggal bersama ibunya dan enggan mengulas lanjut isu orang ketiga atau kerjaya Kamal, dengan semua perkara akan dibicarakan di mahkamah.

Sepanjang sesi temu bual bersama media, Uqasha kelihatan lebih banyak berdiam diri dan hanya sesekali menggeleng kepala, namun tetap tenang serta bersikap profesional.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manap, menjelaskan bahawa anak guamnya nekad memfailkan perceraian pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada lagi persefahaman dan tidak tahan menghadapi pergolakan rumah tangga yang berlarutan sejak April.
“Menurut Uqasha, tiada sebarang usaha daripada pihak suami untuk memujuk atau menyelamatkan perkahwinan mereka.
"Beliau sudah tidak mampu bersabar dan merasakan hubungan itu tidak boleh diteruskan,” katanya kepada media di pekarangan mahkamah.
Tambah Nurfarhana, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut berhubung dakwaan wujud orang ketiga atau spekulasi berkaitan kerjaya Kamal kerana perkara itu akan dibicarakan di hadapan hakim.
Terdahulu, Uqasha hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sekitar jam 9 pagi untuk prosiding pertama kes perceraian, namun Kamal tidak hadir dan hanya diwakili peguam syarie Abdul Hadi Mohamad Saleh.
Susulan itu, prosiding ditangguhkan ke 28 Oktober bagi memberi ruang kepada pihak defendan untuk hadir dan menyatakan pendirian terhadap tuntutan perceraian.
Untuk rekod, rumah tangga pasangan selebriti itu dikatakan mula bergolak sejak April lalu, namun bukan berpunca daripada orang ketiga.
Difahamkan, Uqasha kini menetap di kediaman ibunya dan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal.
Sebelum ini, beberapa hantaran berunsur luahan hati di media sosial milik Uqasha mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai status rumah tangga mereka.
Uqasha Senrose dan Kamal Adli disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira. -Gempak
Topic Berkaitan
#Kamal Adli
#Uqasha Senrose
#Prosiding cerai
#28 Oktober
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan