PESOHOR Hollywood, Victoria Beckham menyambut ulang tahun ke-50 pada 17 April 2024.

Dan isteri David Beckham tersebut menyambut usia emasnya itu dengan cukup bergaya apabila disambut meriah menerusi sebuah parti oleh keluarga dan sahabat di London.


Menarik perhatian


Namun hal yang paling menarik perhatian adalah kehadiran seluruh anggota kumpulan yang telah membuat Victoria menjadi terkenal iaitu Spice Girl.

Menerusi perkongsian yang disifatkan sebagai konten terbaik oleh pengguna media sosial, Beckham mengambil selfie bersama isteri serta kesemua anggota Spice Girl yang hadir iaitu Melanie Brown, Melanie Chisholm, Emma Bunton and Geri Halliwell.

Tidak hanya hadir, Spice Girl buat pertama kalinya bergabung kembali atau melakukan reunion dengan menyanyikan lagu hit mereka, Stop buat tetamu yang hadir.


Malam hebat

Victoria atau dikenali sebagai Posh Spice kemudian dilihat berkongsi foto terkini mereka berlima.

Dia yang kini terkenal juga sebagai pereka fesyen menyifatkan kehadiran kesemua anggota Spice Girl adalah hadiah terhebat yang diperoleh pada usia 50 tahun. -Gempak