awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masalah bumbung bocor di Axiata Arena tidak akan berulang - PSM
Pegang kayu di plaza tol, polis buru dua individu
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video 'duet' Hetty Koes Endang dan Big Shaq tular, catat 300,000 tontonan dalam tiga hari

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
13/12/2017
00:05 MYT
Video 'duet' Hetty Koes Endang dan Big Shaq tular, catat 300,000 tontonan dalam tiga hari
Selepas dimuat naik pada Ahad lalu, video itu telah merekod lebih 300,000 tontonan dan lebih 40,000 retweet.
KALAU sudah kreatif, apa sahaja mampu ditransformasikan menjadi sesuatu di luar kotak.
Mungkin itu gambaran yang boleh diberi tentang hasil karya anak muda ini.
Hanya sebuah video pendek namun suntingan yang dibuat berjaya menarik perhatian ramai.
Seorang pengguna Twitter dengan nama Zakwan Hadzim telah menyunting video komen salah seorang juri Gegar Vaganza musim keempat, Hetty Koes Endang.
Video itu adalah ketika Hetty memberi kritikan kepada salah seorang peserta, Tia Jinbara.
Berdurasi 38 saat, video itu disunting dengan memasukkan keratan lagu Mans Not Hot nyanyian Big Shaq.
Hasilnya, komen Hetty yang serius bertukar menjadi sesuatu yang cukup mencuit hati.
Tadi terdengar mama tengok gegar vaganza, terus rewind and i just had to do this. #gegarvaganza2017 #mansnothot pic.twitter.com/gxqnmC1KdP
— Zakwan Hadzim (@ZakwanHadzim) December 10, 2017
Selepas dimuat naik pada Ahad lalu, video itu telah merekod lebih 300,000 tontonan dan lebih 40,000 retweet.
Rata-rata netizen cukup terhibur dengan video itu dan memuji idea Zakwan.
"Sakit perut ketawa, memang kreatif orang yang menyunting video ini," kata pengguna Twitter dengan nama @evelynners.
"Memang bagus, saya tunjuk video ini kepada semua orang," tulis seorang lagi pengguna, @aimykhairina.
Topic Berkaitan
#Big Shaq
#Hetty Koes Endang
#Mans Not Hot
#Tular
#Twitter
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan