awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Wanita topeng Chewbacca' luangkan masa di ibu pejabat Facebook

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
25/05/2016
15:29 MYT
'Wanita topeng Chewbacca' luangkan masa di ibu pejabat Facebook
Bintang video topeng Chewbacca, Candace Payne yang meraih jutaan tontonan berpeluang untuk meluangkan masa di ibu pejabat Facebook, pada Selasa (waktu tempatan).
BINTANG dalam video 'Chewbacca Paling Gembira', Candace Payne, bukan saja telah mencuit hati jutaan penonton dunia, malah perwatakannya yang ceria melayakkannya untuk menerima sesuatu yang sama sekali tidak diduga.
Bak kata pepatah, 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu', Payne telah dipelawa untuk menghabiskan masa di ibu pejabat Facebook, pada Selasa (waktu tempatan).
Berikutan sesi Facebook Live beliau menjadi viral sekelip mata, Payne telah menerima jemputan khas daripada pengasas Facebook sendiri, Mark Zuckerberg untuk melawat pejabatnya.
“Kami menjemput Payne, yang meraih 141 juta tontonan menerusi video topeng Chewbacca untuk berkunjung ke ibu pejabat Facebook, hari ini,” tulis Zuckerberg di laman Facebooknya.
Menurut Zuckerberg, video Payne turut memecah rekod tersendiri dengan menjadi video sesi Facebook Live dengan tontonan paling ramai dalam masa paling singkat.
Malah, Zuckerberg menyambut kedatangan Payne dengan satu kejutan yang istimewa.
Menerusi gambar yang dikongsi oleh Zuckerberg, Payne dilihat ditemani watak kegemarannya, Chewbacca.
Payne juga telah meluangkan masa bersama Chewbacca di pejabat Facebook dengan melakukan beberapa aktiviti.
chewbacca
chewbacca
Kredit gambar: Facebook Mark Zuckerberg
Antaranya adalah menyertai aktiviti berbasikal dan sesi minum teh.
chewbacca
chewbacca
Kredit gambar: Facebook Mark Zuckerberg
chewbacca
chewbacca
Kredit gambar: Facebook Mark Zuckerberg
Topic Berkaitan
#Chewbacca
#Facebook
#Kini Trending
#topeng
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan