MAHKAMAH Majistret Shah Alam, hari ini, mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah.
Dia dituduh memiliki 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984 untuk tujuan jualan.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum iaitu denda tidak melebihi RM 25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.Sumber berkata, malangnya Nur Sajat tidak hadir semasa pengurusan kes berkenaan pagi tadi.
“Waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah.
“Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Nor Aini Suzila Zakariah dari Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,” katanya.
Difahamkan pihak CPF sebelum ini melakukan pemeriksaan di premis milik ahli perniagaan itu di Shah Alam, Selangor pada 15 Ogos lalu.
Pihak CPF turut bertindak mengambil keterangan dari beberapa pekerja di premis itu termasuk Nur Sajat selaku pengarah syarikat berkenaan.
Pemeriksaan dilakukan pegawai CPF di premis itu kemudian menemui produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM sebelum tindakan rampasan dilakukan.
Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat diperiksa itu adalah berdaftar dan semua produk dirampas adalah milik Nur Sajat untuk tujuan jualan.
Berdasar keterangan diambil, syarikat itu jelas melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Nur Sajat sebelum ini pernah dihadapkan di mahkamah sama pada 14 Disember 2018 atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Malah Nur Sajat pernah didakwa kerana memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019.
Ia susulan tindakan KKM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda sebelum merampas 19 produk kecantikan tidak berdaftar bernilai hampir RM10,000.
Sumber: Harian Metro
Gempak
Fri Mar 13 2020

Mahkamah Majistret Shah Alam keluar waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad- Astro Gempak

MUFC lancar jersi baharu musim 2021
Majlis pelancaran diadakan secara dalam talian bagi mematuhi SOP PKPB yang berkuat kuasa di Melaka ketika ini.

Trump beri bayangan bertanding semula kerusi Presiden AS pada 2024
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membayangkan untuk bertanding semula kerusi presiden pada 2024 menentang Joe Biden selepas mendakwa kemenangannya tidak diakui sebelum ini.

Piala Juara-Juara STL: 74 pemain, pegawai bebas COVID-19
Kesemua 74 pemain, pegawai pasukan dan pengadil yang menyertai Kejohanan Piala STL disahkan bebas daripada COVID-19.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [01 March 2020] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [01 March 2020]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892951/40992816701614558687189_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [01 March 2020]

Sesi persekolahan bersemuka bagi murid prasekolah, Tahun 1 dan 2 hari ini
Kementerian Pendidikan membenarkan mereka memakai pakaian biasa ke sekolah dan kebenaran tersebut diberikan sehingga 26 Mac ini.

Vaksin COVID-19: Kumpulan minoriti di UK catat peratusan rendah
Pengarah klinikal Dr Naheed Khan-Lodhi memaklumkan, kawasan pedalaman London mencatat setakat ini, vaksinasi dalam kalangan orang kulit hitam hanya 36 peratus.

AWANI Ringkas: PBB - 18 mati ditembak di Myanmar

Akta 446 | Kerajaan akan bantu majikan dapatkan perakuan
Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sentiasa bersedia untuk membantu majikan-majikan yang masih belum menerima perakuan berkaitan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446. Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim, pihaknya juga terbuka untuk sebarang sesi libat urus melibatkan kumpulan majikan atau kontraktor bagi mengetahui masalah yang dihadapi mereka khususnya melibatkan kewangan tatkala berdepan dengan pandemik COVID-19.

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia cecah 113.98 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 113.98 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Vaksin COVID-19 | Kumpulan minoriti di UK catat peratusan rendah
Petugas kesihatan di United Kingdom bimbang program vaksinasi dalam kalangan kumpulan etnik berlainan di negara itu tidak seimbang. Dr Naheed Khan-Lodhi memaklumkan, di kawasan pedalaman London menjelaskan, setakat ini vaksinasi dalam kalangan orang kulit hitam hanya 36 peratus.

Waran tangkap untuk Muhammad Sajjad!
Alamak!