Aktor Malaysia Jack Tan memenangi Anugerah Aktor Terbaik menerusi filem Malaysia ‘Shuttle Life’ pada majlis penutupan Festival Filem ASEAN-China (ACFF) 2017 di sini malam ini.
Filem China ‘Wolf Warrior 2’ memenangi anugerah filem Rencana Terbaik sementara aktres Filipina, Laila Ulao diumumkan Aktres Terbaik menerusi filem ‘Women of the Weeping River’.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan dalam ucapannya pada majlis itu berkata ACFF dapat mendorong pembikin filem di ASEAN dan China mengadakan kerjasama rentas sempadan dalam produksi filem.
Filem dapat juga memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dan China, katanya lagi.
ACFF yang bermula 1 Dis berakhir hari ini. Ini kali pertama festival itu diadakan di sebuah negara ASEAN.
Bandaraya Xiamen di wilayah Fujian, China akan menjadi hos bagi ACFF 2018.
ACFF adalah program pertukaran budaya rakyat dengan rakyat antara ASEAN dan China, dengan filem menjadi medianya.
Sejumlah 23 filem dari 10 negara ASEAN dan tujuh filem dari China ditayangkan di ACFF.
Dianjurkan oleh Agensi Kewangan ASEAN dan Guangxi Art University, China, ACFF disokong oleh Kedutaan China di Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2017
Jack Tan memenangi Anugerah Aktor Terbaik menerusi filem Malaysia Shuttle Life pada majlis penutupan ACFF 2017 malam ini. Foto Facebook
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Warga Malaysia rangkul anugerah aktor terbaik di ACFF 2017
Filem China 'Wolf Warrior 2' memenangi anugerah filem Rencana Terbaik sementara aktres Filipina, Laila Ulao diumumkan Aktres Terbaik menerusi filem 'Women of the Weeping River'.