FILEM nombor satu antarabangsa blockbuster 2023, Fast X bakal ditayangkan menerusi Astro First (saluran 480) bermula pada 2 Ogos ini!

Jadi, untuk sesiapa yang belum tonton atau nak tengok berulang kali lagi filem lakonan Vin Diesel itu, boleh menontonnya menerusi pawagam di rumah anda.

Ini 9 fakta menarik mengenai filem Fast X di Astro First

#1. Filem Fast X akan mula ditayangkan di Astro First (Channel 480) mulai 2 Ogos 2023 dengan harga RM15 dan langgan untuk 48 jam!

#2. Fast X juga boleh dilanggan dalam kualiti UHD dengan Ultrabox.

#3. Filem Fast X telah menyumbang kepada francais Fast and Furious untuk melepasi $7 billion di seluruh dunia.

#4. Anggaran budget Fast X sebanyak $340 million, menjadi filem budget terbesar dalam francais Fast and Furious.

#5. Menampilkan karakter antogonis, Dante Reyes lakonan Jason Momoa yang membawa watak seorang yang jahat, maskulin, lawak dan juga psychopath.

#6. Anak perempuan arwah Paul Walker, Meadow, juga membuat penampilan cameo dalam Fast X.

#7. Filem Fast X dibintangi oleh 4 pemenang Oscar Awards; Rita Moreno, Charlize Theron, Helen Mirren and Brie Larson.

#8. Filem Fast X telah menyumbang kepada francais Fast and Furious untuk melepasi $7 billion di seluruh dunia.

#9. Fast X mempamerkan tagline ‘The end of the road begins’.


Sinopsis

Filem kesepuluh Fast & Furious atau dikenali sebagai Fast X (Fast 10) memfokuskan watak Dom yang kini diburu oleh seseorang yang telah berdendam dengannya iaitu Dante.

Dante ini merupakan anak kepada Hernan Reyes dimana dia telah dibunuh oleh Dom pada satu kejadian yang berlaku di Brazil akibat kemalangan dalam satu pertempuran di sebuah jambatan.

Ekoran itu, Dante berdendam untuk membunuh Dom dan seluruh keluarganya termasuk anaknya yang berusia 8 tahun, Little B.

Jangan terlepas dengan filem No. 1 blokbuster antarabangsa 2023, Fast & Furious 10 (Fast X).

Sertai Dom dan keluarga FAST X dalam misi menghentikan Dante dari terus membuat kekecohan, anda kini boleh menonton filem hebat ini di Astro First.

Anda boleh mula melanggan pada 2 Ogos 2023 pada harga RM15 untuk dua hari (atau RM15 bagi versi 4K untuk dua hari).

Layari https://content.astro.com.my/astro-first 

*Artikel asal di Gempak