awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman bekas Panglima TDM tidak dilanjut, seorang lagi pegawai tinggi ATM ditahan - KP SPRM
Kiefer Sutherland ditahan atas dakwaan serang, ugut pemandu 'rideshare'
Suami isteri ditemui maut dibunuh dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

XPDC terus prihatin, kutip derma demi keluarga Roy Hidayu

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
02/09/2019
13:47 MYT
XPDC terus prihatin, kutip derma demi keluarga Roy Hidayu
Kutipan tersebut adalah bagi meringankan beban keluarga Allahyarham selain bagi menghargai sumbangan beliau yang sama-sama berjuang dalam industri satu ketika dahulu. - Foto: XPDC
Kumpulan rock XPDC sekali lagi menunjukkan rasa prihatin mereka terhadap nasib rakan artis yang kurang bernasib baik.
Jika sebelum ini kumpulan yang dianggotai oleh Mael, Zuar, Amy dan Jeff itu telah mengutip derma di konsert mereka bagi membantu Yazit Search dan Nizam (EYE) yang mengidapi penyakit buah pinggang dan strok, kali ini XPDC turut melancarkan tabung bagi keluarga pemain drum kumpulan Hidayu, Allahyarham Jamaluddin Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Roy Hidayu yang meninggal dunia pada 14 Ogos lalu akibat serangan jantung.
Kutipan derma itu dilakukan oleh XPDC pada konsert mereka yang diadakan di Dataran Udang Galah, Telok Intan, Perak pada 31 Ogos 2019 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan.
Menurut pengurus XPDC, Yazid Selamat, kutipan tersebut adalah bagi meringankan beban keluarga Allahyarham selain bagi menghargai sumbangan beliau yang sama-sama berjuang dalam industri satu ketika dahulu.
“Usaha ini adalah sedikit usaha kami kepada rakan-rakan yang pernah seangkatan dengan kami satu ketika dahulu.
"Ia bukanlah besar, tapi kami sangat berharap ia sedikit sebanyak mampu meringankan beban atau membantu keluarga Allahyarham Azroy. Dia seorang yang sangat baik dan kami anggota XPDC.. Mael, Zuar, Jeff dan Amy sangat merasai kehilangan beliau," kata Yazid ketika dihubungi oleh Astro AWANI.
Dalam konsert tersebut, lebih 7,000 penonton membanjiri Dataran Udang Galah bagi menyaksikan persembahan lebih 10 lagu dari album XPDC yang pernah popular satu ketika dahulu.
Kutipan derma tersebut juga merupakan kerjasama yang dijalinkan oleh XPDC bersama pihak penganjur Karnival Din Entertainment.
Kutipan tersebut telah diserahkan kepada isteri Allahyarham, Salmi Mohd Hashim, pada Ahad.
Menurut Yazid, XPDC sebelum ini juga pernah membantu mereka yang kurang bernasib baik dan bukan sahaja hanya kepada rakan artis.
Cuma jelasnya biarlah ia dilakukan secara diam dan tidak diuar-uarkan kerana semua anggota XPDC mahu menjadikannya sebagai amal ibadah yang jujur dan ikhlas sebagai tanda menghargai orang ramai yang satu ketika dahulu pernah menyokong XPDC.
Tambah Yazid, usaha sebegitu akan diteruskan selepas ini jika diberi ruang rezeki oleh Allah SWT.
Topic Berkaitan
#amal jariah
#azroy
#hidayu
#kebajikan
#keluarga waris
#Mael
#roy hidayu
#selebriti
#XPDC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan