awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek

Sinar Harian
Sinar Harian
13/03/2025
23:30 MYT
Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Saiful Apek (kiri) mendedahkan Yassin (kanan) akan pulang ke tanah air menjelang Aidilfitri ini. - Foto Sinar Harian
"TUNGGU tuan empunya badan balik biar dia sendiri yang akan ceritakan apa yang berlaku sebenarnya sampai dia ditahan."
Itu saranan yang dibuat oleh pelawak dan pelakon, Saiful Apek apabila ditanya mengenai perkembangan terkini rakan baik dan juga anggota kumpulan Senario, Yassin Yahya.
Jelas Saiful atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.
"Sebelum ini kami berdiam diri kerana menghormati keluarganya, tetapi daripada maklumat keluarga katanya Yassin akan balik sebelum raya,” jelasnya.
Sepanjang ketiadaan Yassin, Saiful Apek berkata, dia sempat berbual sekali sahaja menerusi aplikasi Zoom dan bersyukur melihat perkembangan rakannya itu.
Ujarnya lagi, Yassin tidak ditahan di penjara sebaliknya di sebuah pusat pemulihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
“Saya dapat cakap dengan dia sekali saja melalui Zoom. Dia sihat, dahulu saiz S sekarang sudah saiz M, kami pun gembira apabila dapat tahu cerita yang sebenar.
“Dia pun sudah tahfiz, hafaz 20 juzuk al-Quran, dapat kursus percuma. Tidak ada perkara terjadi secara kebetulan jadi kita doa yang baik-baik,” kata Saiful Apek.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi, Oktober lalu, atas kesalahan dadah dan sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan.
Bagaimanapun sekiranya berkelakuan baik, lelaki berkenaan boleh dibebaskan lebih awal berbanding tempoh hukuman sebenar yang dijangka selesai pada April.
Sejak penahanannya, pihak Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada warga Malaysia terbabit.
Pelawak itu dipercayai ditahan di Lapangan Terbang Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Difahamkan, selebriti berkenaan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya, namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Yassin Senario
#Saiful Apek
#Arab Saudi
#Dadah
#pusat pemulihan
#hafaz al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan