SELEPAS berita kemenangan di anugerah Asia Model Awards bagi kategori Model Asia tersebar, pelakon Amelia Henderson menerima pelbagai komen positif.

Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya, rata-rata peminatnya tidak ingin terlepas meninggalkan komen mengucapkan tahniah atas kemenangan yang diperoleh.

Namun begitu, terdapat segelintir pengikut yang tidak berpuas hati kerana Amelia bukan daripada keturunan Melayu.

Amelia tidak berdiam malah terus membalas komen tersebut.


Anugerah Asia Model Awards itu telah diadakan di Dewan Olimpik Seoul, Korea baru-baru ini.

Sedikit info mengenai Amelia, pemilik nama sebenar Amelia Thripura Henderson ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini.