awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yuna bergaul mesra dengan bintang Hollywood di acara tontonan Oscar

Faiq Chong
Faiq Chong
06/03/2018
10:16 MYT
Yuna bergaul mesra dengan bintang Hollywood di acara tontonan Oscar
Yuna hadir bersama suaminya Adam Sinclair dalam acara tontonan Anugerah Akademi yang ke-90 yang berlangsung di Los Angeles awal minggu ini. - Foto Instagram/@yunamusic
Nama Yuna bukan lagi asing di Malaysia dan di rantau ini, namun di Hollywood nama beliau sudah mula terbit di bibir-bibir penggiat seni.
Baru-baru ini, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini mendapat jemputan khas daripada penganjur rasmi Mercedez-Benz untuk menghadiri acara tontonan (viewing party) sempena Anugerah Akademi ke-90 di Hotel Four Seasons di Beverly Hills, Los Angeles pada Isnin.
Yuna dijemput untuk hadir dalam 'viewing party' anugerah Oscars anjuran Mercedez-Benz di Hotel Four Seasons di Beverly Hills, Los Angeles pada hari Isnin. Sumber - Instagram @yunamusic
Yuna dijemput untuk hadir dalam 'viewing party' anugerah Oscars anjuran Mercedez-Benz di Hotel Four Seasons di Beverly Hills, Los Angeles pada hari Isnin. Sumber - Instagram @yunamusic
Golden night with the stars at the Mercedes-Benz Oscar Viewing Party. #MBambassador #oscars
A post shared by Mercedes-Benz USA (@mbusa) on
Mar 5, 2018 at 10:13am PST
Majlis itu dihadiri para selebriti popular termasuk hos dan pelakon, Jamie Foxx yang pernah memenangi Anugerah Filem Terbaik untuk filem Ray pada tahun 2005.
Aktres Jane Lynch yang terkenal dengan wataknya sebagai Sue Sylevester dalam siri sitkom Glee sehingga meraih trofi Emmy dan Golden Globe.
Bekas pelakon tambahan lelaki terbaik Anugerah Akademi pada tahun 2009 Cristoph Waltz juga adalah antara selebriti yang menjadi perhatian dalam majlis itu.
Yuna sempat memuat naik foto bersama suaminya, Adam Sinclair yang turut hadir mendampingi Yuna dalam akaun Instagram miliknya serta berkongsi detik istimewa itu di Instastory peribadinya.
Here’s one for da gram! Thanks @mercedesbenz for an awesome Oscar viewing party! #oscars
A post shared by Yuna (@yunamusic) on
Mar 4, 2018 at 10:50pm PST
Adam Sinclair juga turut hadir mendampingi Yuna dalam majlis 'viewing party' itu. Sumber - Instagram @yunamusic
Adam Sinclair juga turut hadir mendampingi Yuna dalam majlis 'viewing party' itu. Sumber - Instagram @yunamusic
Acara tontonan itu dianjurkan anjuran syarikat-syarikat tersohor itu turut menyaksikan secara langsung acara anugerah terkenal di dunia itu.
Bukan itu sahaja, Yuna juga sempat berkongis di Instastory peribadinya tentang gandingannya dengan produser muzik, Lincoln Jesser yang berkemungkinan akan menghasilkan single terbarunya dengan sentuhan genre house.
Yuna juga sempat kongsikan dalam 'instastories' yang sedang bekerja dengan produser muzik genre EDM, Lincoln Jesser. Sumber - Instagram @yunamusic
Yuna juga sempat kongsikan dalam 'instastories' yang sedang bekerja dengan produser muzik genre EDM, Lincoln Jesser. Sumber - Instagram @yunamusic
Sebelum ini, Yuna pernah berkolaborasi dengan Lincoln Jessert dalam featuring lagu berjudul Baby Boy dan In My Dreams.
Topic Berkaitan
#Adam Sinclair
#Christoph Waltz
#hiburan
#Hollywood
#Instagram
#Jamie Foxx
#Jane Lynch
#Los Angeles
#Malaysia
#Oscars
#Yuna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan