Skip to main content

Hiburan

Ziana Zain berhijab sepenuhnya, anggap ia hadiah paling bermakna

61405495816_295x200.jpg
Penyanyi terkenal negara, Ziana Zain tampil dengan mengenakan hijab di rakaman MeleTop Raya  baru-baru ini mengesahkan bahawa imej baru tersebut sebagai penghijrahan kekalnya sehingga ke akhir hayat.

Sebelum ini ada desas desus memperkatakan mengenai Ziana yang mula bertudung sempena bulan Ramadan  namun tidak ada kenyataan yang dibuat olehnya.

Walau bagaimanapun, menurut portal Murai, pada 15 Julai Ziana mengakui penampilannya bertudung pada rakaman MeleTop Raya itu adalah buat selama-lamanya.

“Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa  daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.

“Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa” kata Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain kepada Murai.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Korban Cinta dan Anggapanmu  ini mengharapkan agar penghijrahannya ini mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminatnya.

Ziana tampil manis berhijab di rancangan tersebut dengan busana rekaan khas Rizman Ruzaini.

Advertisement

Must Watch Video