AKTOR tampan Zul Ariffin bakal menamatkan zaman bujang tahun depan selepas dia dan kekasihnya benar-benar bersedia dalam segenap aspek.
Tidak mendedahkan identiti bakal isterinya, pelakon filem J Revolusi itu bagaimanapun, memberi bayangan wanita yang akan menjadi suri hidupnya itu bukan selebriti.
Wanita yang berjaya mencuri hati pelakon itu juga ialah seorang yang bukan Islam.
“Buat masa ini, saya nak bakal isteri saya mengenal agama Islam secara lebih mendalam dan ikhlas untuk memeluk Islam.
"Jika dia berniat memeluk Islam sebab nak berkahwin dengan saya, perkara itu tidak akan berlaku kerana saya tidak izinkan. Saya sudah jelaskan perkara ini kepadanya,” katanya seperti dilaporkan portal Harian Metro pada Khamis.
Menurut Zul yang bakal muncul dalam filem terbaharu Sangkar sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai serta pelakon cantik Zahirah MacWilson.
Bahkan, aktor itu juga pernah diheret dalam skandal dengan seorang wanita yang berasal dari Ukraine.
Zul, bagaimanapun, menafikan mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan, sebaliknya, hanya berkenalan ketika bercuti di Thailand.
Pelakon berusia 33 tahun itu enggan berkongsi identiti bakal isterinya.
“Pilihan sudah ada, cuma saya akan kongsikan siapa orang itu apabila sudah sampai waktunya nanti. Tidak perlu teka siapa gerangan wanita itu, nantikan berita itu tahun depan," ujar Zul lagi dipetik sebagai berkata.
Kata Zul, dia akan memberi tumpuan pada hari penting dalam hidupnya itu kerana enggan perkahwinannya itu kelak menjadi huru-hara.
“Saya tidak mahu perkahwinan menjadi huru-hara jika saya tidak bersedia. Kalau saya berkahwin nanti saya nak berubah terus.
"Saya nekad untuk menjadikan perkahwinan sebagai satu tanggungjawab berat yang perlu saya galas. Sebaik melangkah ke gerbang perkahwinan saya akan tinggalkan segala apa yang tidak baik sebelum ini.
“Memilih untuk memperisterikan wanita bukan Islam bukan perkara mudah. Sebelum nak membimbing dia ke arah kebaikan, saya kena jadi lebih bagus. Sekarang saya sedang membuat persiapan ke arah itu. Doakan semoga semuanya berjalan dengan baik. Saya nak rumah tangga yang bakal dibina nanti mengikut apa yang saya harapkan,” kata Zul.
Astro Awani
Thu Aug 22 2019
Zul Ariffin sudah bertemu pilihan hati, bakal akhiri zaman bujang tahun depan. - Gambar Instagram ZUL ARIFFIN
Juventus kaji semula keputusan diarah bayar Ronaldo RM50 juta
Mahkamah timbang tara arah Juventus bayar gaji tertunggak 9.8 juta euro kepada Ronaldo.
Freedom Flotilla ke Gaza: Aktivis Malaysia berlepas ke Istanbul
Kesemua 19 anggota rombongan itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.
AWANI Ringkas: Aktivis Malaysia sertai Misi Flotila ke Gaza hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kami sedia membantu - Penyokong Kedah
Dia berpandangan bahawa ada cara yang lebih baik untuk menangani masalah itu dengan menegaskan penyokong sedia membantu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad;
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM
AWANI Pagi: Pasca mesyuarat peruntukan MP pembangkang
Analisis Pasca Mesyuarat Peruntukan MP Pembangkang bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik UM.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.
Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
AWANI Pagi: Joseph Kurup dalam kenangan
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan.
Zul Ariffin kahwin tahun depan, enggan dedah identiti bakal isteri
Aktor tampan Zul Ariffin bakal menamatkan zaman bujang tahun depan selepas dia dan kekasihnya benar-benar bersedia dalam segenap aspek.