KUALA LUMPUR: Rasa syukur tidak henti-henti dipanjatkan personaliti terkenal, Zulin Aziz selepas sah bergelar isteri kepada Farhan Norzaini pada pagi ini.
Ini kerana, dia pernah melalui fasa memeritkan ketika mencari cinta sejati dalam hidupnya.
Namun, kehadiran Farhan dua tahun lalu memberi keyakinan padanya bahawa perancangan Allah adalah sebaik-baiknya buat umatNya.
Justeru, Zulin mendoakan penyatuan hatinya dengan Farhan pada tarikh 20.2.2022 ini akan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.
"Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga dengan fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.
"Namun sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan juga ditempuhi. Di alam realiti juga, saya sendiri melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.
"Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi bahawa kemarau panas berpanjangan itu berakhir dengan kehadiran pelangi setelah hujan. Hujung tahun lalu ketika mengerjakan umrah, dia melamar saya di Madinah," kata Zulin sebaik disatukan sebagai isteri kepada Farhan di Masjid Negara hari ini.
Dengan hanya sekali lafaz, Zulin Aziz, 33, bergelar Farhan, 35, yang juga rakan kongsi perniagaannya.
Majlis akad nikah pasangan itu berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Pasangan mempelai diijabkabulkan berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz.
Mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni.
Pada majlis itu, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz menerima wang hantaran berjumlah RM30,000.
Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Berkongsi lanjut mengenai takdir jodohnya itu, Zulin menyifatkan kesungguhan dan keluhuran hati Farhan menjadi penambat hatinya.
"Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya.
"Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sewaktu zaman saya berisi dan kini berjaya menurunkan berat badan. Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak… Insya-Allah," katanya
Bercerita mengenai perancangan anak anak dan bulan madu pula, Zulin berkata dia dan suami belum dapat memberi kata putus dan terbuka menerima apa saja rezeki mendatang.
"Soal cahaya mata, baik saya dan suami terima saja rezeki yang Tuhan berikan. Saya pun lagi tujuh tahun nak menginjak usia 40 tahun.
"Saya dan suami beruntung kerja dalam bidang sama iaitu perniagaan Sambal Tujuh. Jadi sambil bekerja selitlah mana sempat nak berbulan madu. Rancangnya macam nak ke Turki, tapi situasi semasa pandemik COVID-19 pun membimbangkan. Belum ada kata putus," katanya.
Sementara itu, Farhan atau nama sebenarnya, Mohd Farhan Norzaini pula berpendapat, isterinya itu mempunyai hati yang tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.
"Alhamdulillah, bersyukur Allah satukan kami selepas dua tahun kenal bermula sebagai kawan, seterusnya bercinta dan kini jadi suami dan isteri.
“Perasaan bercampur baur sebab ini antara hajat dan doa daripada arwah ibu, rakan dan semua yang mengenali kami.
"Kami masing-masing pernah melalui fasa dikecewakan, turun naik kehidupan serta perhubungan. Dia turut bersama saya di saat mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.
"Di situ saya tahu wanita inilah yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri lengkap semua itu," kongsi Farhan.
Zulin dna Farhan akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam dengan pereka Ezuwan Ismail dipertanggungjawabkan menyiapkan busana pasangan itu.
Pasangan ini juga sebelum ini melangsungkan pertunangan pada 28 Januari lalu.
Astro Awani
Sun Feb 20 2022
Dengan hanya sekali lafaz, Zulin Aziz, 33, bergelar Farhan, 35, yang juga rakan kongsi perniagaannya. - Gambar ihsan CST Production
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
'Jadi askar sebarkan kebenaran' - Zulin Aziz gesa influencer bersuara isu Palestin
Menurut Zulin, para pempengaruh seharusnya memanfaatkan pengaruh mereka demi menyebarkan kebaikan.
'Ada sebab kenapa post itu dibuat' - Zulin kembali berbaik dengan suami
Pelakon, Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah hubungannya dengan suami, Farhan Norzaini kembali pulih.
"Hal macam ni orang gila saja buat!" - Zulin Aziz nafi perkongsian hal rumah tangga satu gimik
Zulin Aziz menegaskan perkongsian mengenai rumah tangganya dengan Farhan Norzaini di Instagram bukanlah gimik atau content seperti yang didakwa segelintir netizen.
Rumah tangga Zulin Aziz berantakan?
"Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman." Kapsyen tulisan Zulin mengundang tanda tanya.
Zulin Aziz rasmi bergelar isteri Farhan
Zulin menerima wang hantaran berjumlah RM30,000 daripada Farhan.
Zulin Aziz terima lamaran Farhan di Madinah
Zulin dan Farhan akan disatukan sebagai suami isteri pada 20.2.22.
Tak jadi kahwin, hati saya hancur - Zulin Aziz
Pelakon yang juga pengacara dan penyampai radio, Zulin Aziz mendedahkan majlis perkahwinan yang telah dirancang tidak akan menjadi kenyataan, selepas hubungannya dengan kekasih sudah berakhir.
Bersungguh kuruskan badan untuk kahwin, niat Zulin Aziz tidak kesampaian
Pelakon Zulin Aziz mengakui telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka pilihan hatinya.
Individu gelar Zulin Aziz 'sundal' mohon maaf
Zulin sebelum itu, memuat naik entri di FB dan Instagram (IG) meminta Dura Hatta tersebut meminta maaf sebelum dia mengenakan tindakan mahkamah terhadap pengguna laman sosial tersebut.
Zulin Aziz kesal digelar 'perempuan Melayu jahat'
Pelakon dan penyampai radio, Zulin Aziz kesal apabila digelar wanita jahat oleh seorang wanita yag tidak pernah dikenalinya.