awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amazon lancar satelit pertama, cabar rangkaian Starlink milik Musk

Bernama
Bernama
29/04/2025
06:50 MYT
Amazon lancar satelit pertama, cabar rangkaian Starlink milik Musk
Amazon melancarkan 27 satelit sebagai permulaan Projek Kuiper untuk menyediakan liputan internet global. -Gambar fail/Reuters
SAN JOSE: Amazon melancarkan kumpulan pertama satelit internet ke angkasa pada Isnin, menandakan permulaan usahanya untuk membina rangkaian saingan kepada Starlink milik Elon Musk, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Amazon melancarkan 27 satelit sebagai permulaan Projek Kuiper untuk menyediakan liputan internet global.
  • Projek Kuiper bertujuan membina konstelasi sekitar 3,200 satelit dalam beberapa tahun akan datang.
  • Rangkaian Starlink milik SpaceX menguasai pasaran internet satelit global dengan kira-kira 7,000 satelit, tetapi penganalisis percaya masih terdapat ruang untuk persaingan.

Roket Atlas V yang dikendalikan United Launch Alliance membawa 27 satelit ke orbit dari Cape Canaveral, Florida.
Satelit itu merupakan sebahagian daripada Projek Kuiper Amazon, yang bertujuan membina ratusan satelit sehingga membentuk konstelasi sekitar 3,200 satelit dalam beberapa tahun akan datang bagi menyediakan liputan internet global.
Pelancaran ini dilakukan selepas ditunda awal bulan ini akibat cuaca buruk.
Amazon, yang diasaskan oleh Jeff Bezos membuat tempahan slot bagi puluhan pelancaran roket pada masa depan melalui penyedia seperti SpaceX dan Blue Origin bagi memenuhi keperluan peraturan.
Di bawah lesen operasinya, syarikat itu perlu melancarkan sekurang-kurangnya 1,600 satelit Kuiper menjelang pertengahan 2026.
Rangkaian Starlink milik SpaceX kini mengendalikan kira-kira 7,000 satelit dan menguasai pasaran internet satelit global.
Namun begitu, penganalisis percaya masih terdapat ruang untuk persaingan, terutamanya dengan permintaan daripada syarikat penerbangan, penyedia telekomunikasi dan pengguna di kawasan terpencil atau kurang mendapat liputan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amazon
#Starlink
#Elon Musk
#Roket Atlas V
#Projek Kuiper
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan