Selepas 50 tahun Malaysia dibentuk, sudah tiba masanya untuk negara ini melangkah ke hadapan dan salah satu perkara yang harus diberi perhatian adalah untuk meneliti semula Perjanjian Malaysia 1963.
Pandangan itu disuarakan oleh dua ahli akademik yang mengulas dalam konteks Sarawak dan Sabah.
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir berpendapat bahawa sebahagian daripada perjanjian itu sudah tidak lagi relevan.
“Kita perlu melangkah ke hadapan dan masuk fasa kedua. Sebahagian daripada 18 perkara tersebut sudah tidak relevan lagi, antara sebabnya peredaran masa dan ada antara perkara-perkara tersebut sudah mencapai sasarannya,” kata Jeniri (bawah).
Penganalisis politik tersebut memberi contoh perkara yang menyentuh bahasa, perlembagaan, pemimpin negeri dan Borneonisasi yang menurutnya, tidak lagi menjadi isu.
Perjanjian Malaysia, yang mengandungi 20 perkara di Sabah dan 18 perkara di Sarawak, merupakan syarat- syarat yang ditandatangani pada 1963 semasa pembentukan Malaysia daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Ia sering dibangkitkan apabila sesetengah pihak mendakwa bahawa hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam perjanjian itu telah dipinggirkan.
“Apa yang mungkin menjadi isu sekarang ialah soal imigresen di mana rakyat Semenanjung memerlukan kebenaran untuk masuk ke Sabah dan Sarawak serta memerlukan permit untuk bekerja di sini," tambah Jeniri.
Jeniri berkata, tujuan asal perkara-perkara ini dimasukkan adalah untuk melindungi kepimpinan Sabah dan Sarawak yang dianggap masih terbelakang ketika itu.
“Persoalan saya ialah, selepas 50 tahun kita membentuk Persekutuan Malaysia, adakah kita masih mahu mempertahankan perkara ini dalam konteks membincangkan 1Malaysia? Lagipun perjanjian ini tidak semestinya tidak boleh diubah,” katanya.
Tambah beliau, ada sesetengah ahli politik yang memperjuangkan perkara ini, sama ada di pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, semata-mata demi kepentingan politik.
“Seolah-olah kita(rakyat Sabah dan Sarawak) cuba mempertahankannya dan menggambarkan kita tidak yakin tentang diri kita… bahawa kita tidak mampu bersaing di luar. Ini cara berfikir 50 tahun dahulu,” katanya.
Jeniri juga memberi contoh dimana adakalanya ahli politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) disekat masuk ke Sabah dan Sarawak atas alasan mengancam keselamatan negara.
“Ini secara tidak langsung dilihat seperti mempergunakan perjanjian ini. Perkara 6 iaitu hal imigresen harus dilaksanakan mengikut semangat asal klausa itu dan bukan untuk tujuan politik.”
Jeniri berkata antara hasrat utama atau impian rakyat Sabah dan Sarawak masih menjurus kepada soal pembangunan.
“Jurang perbezaan antara Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu diharap dapat dirapatkan. Untuk sekian lama, aspirasi ini masih relevan kerana sehingga kini, masyarakat di sini masih bercakap tentang bagaimana mundurnya kawasan mereka terutama dari segi ekonomi… kaum minoriti masih miskin,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Malaysia Sabah(UMS), Dr Zaini Othman berkata soal rasa terpinggir ini boleh diperbaiki dengan menyemak semula apa yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia untuk menilai apa yang sudah atau belum dilaksana.
"(Ini) agar persoalan kepincangan wilayah Sabah dapat diperbaiki dan seterusnya diserap ke dalam arus pembangunan nasional," kata Zaini (bawah).
"Saya percaya pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah mengambil inisiatif dalam hal ini, cuma ia akan mengambil masa untuk memastikan masalah ini dapat dipulihkan sepenuhnya," tambah beliau.
Bagaimanapun, Zaini berkata sudah ramai pemimpin politik dari Sabah dilantik menjadi menteri-menteri kabinet dan dari segi pendidikan pula kini lebih banyak universiti telah ditubuhkan di Sabah.
Ini dilihat juga sebahagian daripada langkah kerajaan untuk memenuhi 20 Perkara dalam isi Perjanjian Malaysia 1963, katanya.
"Ini termasuklah perjanjian pembangunan, memastikan sumber tenaga manusia Sabah dibangunkan dan proses ‘Borneonisation’ dalam konteks Persekutuan Malaysia. Perkara ini semua sudah mengambil tempatnya cuma ia masih belum dapat dimantapkan sahaja lagi," kata Zaini.
Zaini mengakui bahawa perkara-perkara yang terkandung dalam Perjanjian Sabah bukanlah satu perkara yang mudah dan banyak diantaranya yang perlu diteliti semula.
Antara 20 Perkara yang sering menimbulkan pertikaian serta isu politik di Sabah adalah hal-hal yang bersifat Borneonisasi, iaitu persoalan apakah apabila Sabah membentuk Malaysia, adakah sumber tenaga manusianya akan turut diangkat dan dibangunkan untuk menerajui Sabah.
"Walau bagaimanapun ini bukanlah satu isu yang berterusan kerana perkara ini lebih menjurus kepada isu politik berbanding sosiologi. Ini dilihat terselah sewaktu musim pilihan raya atau ketika isu mengenai hubungan tidak baik antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri timbul." katanya - Teoh El Sen dan Arfa Yunus
Astro Awani
Sun Sep 15 2013
Tambahan 10 lagi kontena Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan Malaysia ke Gaza
Penambahan 10 lagi kontena bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan Malaysia kre Gaza menjadikan keseluruhan 110 kontena akan dihantar ke wilayah tersebut.
[INFOGRAFIK] Keseimbangan kehidupan bekerja
[INFOGRAFIK] Keseimbangan kehidupan bekerja
Pusat perubahan Madinah sedia perkhidmatan terbaik
Pusat Perubatan Madinah yang mula beroperasi hari ini dengan dilengkapi pelbagai kemudahan bersedia memberi rawatan kepada jemaah yang mungkin diuji dengan masalah kesihatan sepanjang operasi musim haji tahun ini. Editor Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah membawakan laporan dari Madinah.
Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Datuk Hail Amir, 76 dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
Agong tiba di Singapura bagi lawatan negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura pada Isnin bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan ia merupakan jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan ia merupakan jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Malaysia seru kukuhkan perpaduan negara anggota OIC untuk hadapi cabaran dalam Dunia Islam
Malaysia menyeru supaya perpaduan dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diperkukuh bagi menghadapi cabaran yang dihadapi Dunia Islam.
Kes tembak Pasir Mas: Empat individu selesai beri keterangan
Polis selesai mengambil keterangan empat individu berhubung kes tembakan di Kampung Alor Pinggan di Gelang Mas, Pasir Mas, Ahad lepas.
AWANI Borneo [06/05/2024] – Tiga lemas | MA63 | PRN Sabah
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 6 Mei 2024
- Operasi SAr tamat, korban tragedi kepala air Lahad Datu kekal tiga mangsa
- Teruskan kerjasama dengan kerajaan pusat, pastikan tuntutan
MA63 tidak terhenti - kata Wan Junaidi
- Armizan sahkan tiada rundingan dengan pareti lain, GRS perkukuh kerjasama dengan PH plus
#AWANInews
#AWANIBorneo 6 Mei 2024
- Operasi SAr tamat, korban tragedi kepala air Lahad Datu kekal tiga mangsa
- Teruskan kerjasama dengan kerajaan pusat, pastikan tuntutan
MA63 tidak terhenti - kata Wan Junaidi
- Armizan sahkan tiada rundingan dengan pareti lain, GRS perkukuh kerjasama dengan PH plus
#AWANInews
'Hail Amir peramah, senyuman tak lekang di bibir' - DJ Dave
Allahyarham Datuk Hail Amir semasa hayatnya merupakan seorang yang peramah, tidak pernah burukkan orang dan sentiasa melemparkan senyuman.
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
10 tembok perlu diruntuh pastikan keberkesanan slogan 'Segulai Sejalai'
Sepuluh tembok perlu diruntuh bagi memastikan keberkesanan cogan kata perpaduan untuk seluruh negara 'Segulai Sejalai' seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Manifesto realistik, bukan retorik
Manifesto yang ditawarkan itu juga haruslah spesifik, pragmatik dan realistik untuk dicapai dalam waktu tertentu.
PRN Sarawak: GPS dijangka menang, namun jumlah kerusi...
Walaupun GPS baru ditubuhkan beberapa tahun lepas, namun ia dianggotai parti yang cukup matang.
Sarawak Memilih: Rekod GPS bukti manifesto mampu dicapai - Jeniri
Ada beberapa pembangunan seperti pembinaan lebuh raya dan jambatan telah pun ditunaikan sebelum ini.
Tukar perdana menteri bukan jaminan COVID-19 berakhir - Penganalisis
Jeniri berkata, hal ehwal negara, rakyat dan usaha menangani pandemik seharusnya berada di hadapan berbanding isu lain.
Kerajaan PN perlu segera santuni tuntutan Sabah dan Sarawak - Jeniri Amir
Paling penting sekarang adalah segala janji yang telah diberikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak harus ditunai tanpa berlengah.
Pelantikan ahli Jawatankuasa Bebas Darurat daripada pelbagai latar belakang, bertepatan - Pakar
Ketokohan yang dimiliki ahli jawatankuasa itu, sudah pasti mereka mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.
Dominasi ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah?
Penganalisis politik, Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata fenomena dominasi 'kuda tua politik' ini berkait rapat dengan pengaruh elit politik dan bersifat paternalistik.
Lihat sentimen rakyat sebelum pertimbang isytihar darurat - Dr Jeniri
Pemimpin politik harus melihat sentimen rakyat sebelum sebarang keputusan untuk mengisytiharkan darurat dilakukan.
Abang Jo terima kunjungan Sarawak Media Group
Abang Johari menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif baharu Sarawak Media Group (SMG) Suhaimi Sulaiman