KUCHING: Dengan detik penentuan siapa yang dipilih pengundi Sarawak untuk menerajui negeri ini bagi tempoh lima tahun akan datang semakin hampir, dua cendekiawan berkongsi pandangan yang sama, yakni Gabungan Parti Sarawak (GPS) pasti muncul juara pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) Sabtu ini, namun persoalannya berapa banyak kerusi yang akan menjadi miliknya nanti.
SARAWAK MEMILIH: Dapatkan keputusan terkini sepanjang kempen PRN Sarawak 2021 di sini
Saintis politik Universiti Putra Malaysia Prof Datuk Jayum Jawan dan Felo Kanan Majlis Profesor Negara Jeniri Amir senada bahawa GPS tidak mempunyai masalah untuk menjadi yang pertama meraih majoriti mudah dalam pungutan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya ini.
"GPS dijangka menang mudah, malah perolehan dua pertiga majoriti juga bukan masalah besar bagi GPS, disebabkan oleh perpecahan dalam kalangan pembangkang," kata Jayum kepada Bernama.
Beliau berkata walaupun GPS baru ditubuhkan beberapa tahun lepas, namun ia dianggotai parti yang cukup matang yakni Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demikratik (PDP) yang mendominasi kerajaan sejak 1970an.
"Mereka mempunyai rangkaian kerja yang luas di peringkat akar umbi, jentera hebat yang bergerak lancar untuk berdepan dengan lawan mereka. Di samping itu tidak ada pertelagahan dalaman yang boleh melemahkan usaha mereka kelihatan, kecuali mungkin di beberapa kawasan, tidak banyak," katanya.
Jayum berkata GPS mempunyai kelebihan sebagai penyandang, dan dalam situasi kempen yang dihadkan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat, kelebihan ini adalah "aset yang sangat besar."
Katanya apabila GPS mengumumkan barisan mereka dua hari sebelum penamaan calon, mereka mengekalkan 58 penyandang sebagai calon mereka, dan 24 muka baharu.
Beliau berkata parti pembangkang sebaliknya bercelaru dengan ada yang bertanding dan menentang antara satu sama lain di kawasan yang sepatutnya boleh bekerjasama dan menyatukan sumber mereka bagi memiliki peluang yang lebih baik untuk menang.
Beliau menjangka PBB akan dapat menyapu bersih semua kawasan majoriti Melayu/Melanau, namun beliau memberi amaran bahawa beberapa kekalahan boleh dialami oleh parti komponen GPS, khususnya di kawasan dominan kaum Dayak.
Jayum berkata beliau melihat PDP adalah antara parti komponen GPS yang dijangka menghadapi cabaran hebat, dengan tiga kerusi yang perlu diperhatikan dengan teliti ialah Krian, Dudong dan Ba' Kelalan.
Beliau berkata SUPP juga dijangka tidak akan berjaya di beberapa DUN , manakala PRS akan menghadapi pilihan raya tanpa pemimpin utama yakni presiden parti, Mendiang Tan Sri Dr James Masing, yang meninggal dunia beberapa hari sebelum DUN dibubarkan.
Bagi Jeniri pula, melihat kepada momentum jentera pilihan raya GPS, beliau percaya gabungan itu mampu memperoleh sekurang-kurangnya 65 daripada 82 kerusi pada PRN.
Beliau berkata walaupun dengan penetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepimpinan GPS dilihat telah bekerja secara proaktif untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai apa yang telah mereka usahakan sejak penubuhan GPS pada 2018.
"Menerusi pencapaian lepas ini, mereka kini menampilkan manifesto realistik berkaitan dengan 34 perkara untuk PRN ini yang pastinya akan difahami oleh pengundi di Sarawak, bahawa mereka (GPS) akan melakukan segala yang termampu untuk memberikan apa yang dimahukan seluruh penduduk Sarawak.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai prestasi setiap parti dalam GPS, dan berkata ada beberapa kerusi DUN perlu diberi perhatian.
"Tunbggu dan lihat sahaja... tapi siap sedia - pasti ada beberapa kejutan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021
Gabungan itu dipercayai mampu memperoleh sekurang-kurangnya 65 daripada 82 kerusi pada PRN.
Lelaki Pakistan bunuh doktor terlepas hukuman gantung
Seorang lelaki warga Pakistan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati mandatori yang dijatuhkan ke atasnya dengan penjara 36 tahun dan 12 sebatan.
Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 27 peratus pada Julai - DOSM
Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia meningkat sebanyak 27.0 peratus kepada 37,960 tan pada Julai 2024 berbanding 29,881 tan yang dicatatkan semasa Jun 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
AWANI Tonight: 11th Sept 2024
#AWANITonight 11 Sept 2024 with Saraya Mia
- Religious Affairs Minister told to prepare report on halal certification
- Trump says debate against Harris his ‘best ever’
#AWANIEnglish #AWANINews
- Religious Affairs Minister told to prepare report on halal certification
- Trump says debate against Harris his ‘best ever’
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Taylor Swift endorses Kamala Harris for president
Taylor Swift has endorsed Democratic vice-president Kamala Harris on Instagram, following the presidential debate with Republican Donald Trump.
AWANI Tonight: "I don't care, it was my best debate" - Donald Trump
After a combative presidential debate with Democratic Vice President Kamala Harris, former US President Donald Trump told journalists it had been his "best debate".
Banjir di Thailand: Empat maut dan 14,328 isi rumah terjejas
Mangsa korban termasuk dua individu yang terlibat dalam tanah runtuh di wilayah Chiang Mai, manakala dua lagi maut akibat banjir di Chiang Rai.
AWANI 7:45 [11/09/2024] – Modus operandi 20 rumah amal | Tiada kompromi pelanggaran undang-undang | Laporan lengkap Kabinet | [istol dan dadah dalam kereta
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya dibawakan oleh #Maxis5G
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Mangsa diajar meliwat dan dipaksa meliwat penghuni lain, 171 individu ditahan
- Global Ikhwan nafi dakwaan eksploitasi kanak-kanak
- Kaji dan bentang kepada KABINET, kewajipan sijil halal
- Polis sahkan bekas pembantu penyelidik ditahan, temui pistol dan dadah
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Mangsa diajar meliwat dan dipaksa meliwat penghuni lain, 171 individu ditahan
- Global Ikhwan nafi dakwaan eksploitasi kanak-kanak
- Kaji dan bentang kepada KABINET, kewajipan sijil halal
- Polis sahkan bekas pembantu penyelidik ditahan, temui pistol dan dadah
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
AWANI Ringkas: Fitnah anggota polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rakyat Malaysia lawat atau transit UK perlu mohon ETA mulai 2025
Pengenalan ETA adalah selaras dengan pendekatan yang telah diambil oleh banyak negara lain untuk mengukuhkan keselamatan sempadan.
Pesara rugi hampir RM100,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang pesara kerajaan kerugian RM91,060 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.