awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,000 polis serbu 'mini Dhaka'

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2023
08:34 MYT
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di Jalan Silang, di sini, pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.
PGA telah mengepung kawasan tersebut bermula pada jam 11 pagi untuk menyerbu warga asing yang dilihat semakin ‘besar kepala’ dengan lagak seperti warga tempatan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati pasukan keselamatan lengkap bersenjata dan peralatan khas dilihat mula memecah masuk ke setiap premis membabitkan empat blok di jalan terbabit.


Keadaan bilik sewa warga asing di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Keadaan bilik sewa warga asing di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Difahamkan serbuan dijalankan bagi menangani kebanjiran warga asing dan perniagaan yang dimiliki serta menggajikan warga asing di kawasan itu.
Wartawan yang mengikuti operasi mendapati sekurang-kurangnya 500 warga asing ditahan setakat jam 1 tengah hari.
Warga asing yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar itu gagal melarikan diri selepas kepungan mengejut dibuat.
Pemeriksaan di salah satu premis mendapati warga asing yang menjalankan perniagaan agensi pelancongan turut menawarkan khidmat klinik persendirian.
Turut ditemui pelbagai jenis ubatan disyaki dari Bangladesh tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Satu premis mendapati warga asing yang menjalankan perniagaan agensi pelancongan turut menawarkan khidmat klinik persendirian. - Foto Sinar Harian
Satu premis mendapati warga asing yang menjalankan perniagaan agensi pelancongan turut menawarkan khidmat klinik persendirian. - Foto Sinar Harian
Bagaimanapun, premis terbabit tidak berpenghuni ketika pemeriksaan dijalankan.
Selain itu, serbuan turut dijalankan di sebuah premis yang dijadikan sebagai bilik sewa dipercayai dihuni warga asing dilihat berada dalam keadaan berselerak, kotor dan jijik.
Semua warga asing yang ditahan itu dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur untuk proses semakan dokumentasi.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#mini Dhaka
#Jalan Silang diserbu
#warga asing
#Bangladesh
#Nepal
#Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan